Saturday 31 December 2011

Selamat tinggal 2011

Jam sekarang pukul 3:37pagi.Mata aku masih segar.Aku cuba lelap.Tapi...mata aku liat sungguh malam ni.Aduh..membuat entry sambil mendengar lagu Visa...memang mengembalikan memori-memori silam aku...aiseh...layan sungguh pagi-pagi macam ni dengar lagu lama.Kenapalah lagu dulu2 memang best?

"andai..begitu suratan takdir,usah lagi kita mungkir,bersyukur pada rahmatnya..kasih..berpegang pada hakikat,waktu yang bakal menjawab..siapa yang benar..."

Oohh..tiba2 aku terbuat iklan lagu pulak.hehe tak tahu nak tulis apa sebenarnya.Sekwjap sungguh masa berlalu.Hari ni kira2 hari terakhir untuk tahun 2011.adakah sebab tu aku tak boleh nak tido ni.Flashback tahun ni..bagi aku yang menjadi kuli di opis,tak dek apa yang berubah sangatpun.Makan,yido,pergi kerja..tunggu gaji masuk...itu jelah rutinnya.Bosanlaaaahhhh!tapi orang cakap tak baik merungut dekat punca rezeki yang Tuhan da bagi kat kita.Aku ni dikira merungut ke?Haiyo...kena banyak2 berayukur ni Pijaa ooitttt...kat luar sana lagi berlambak orang cari kerja.huhu

Lately,kerja kat opis banyak sungguh la disebabkan nak melayan karenah auditor.Nak closing hujung tahun lagik..adus.paroh sungguh.dok tipu nieh.Memang masa tu sangat precious bak kata mat salleh.Aku nak bercinta pun tak sempatlah sekarang!huh!stress..bercinta dengan kerja setinggi gunung Eberest.Kalau diberi chance,aku rasa aku lagi rela menjadi suri rumah.cehhh..poyo sungguh aku ni kadang2.Betul.badan aku sangat penat sekarang.Otak pun penat..Ditambah dapat bos yang super duperrrr berperangai pelik hujung2 tahun ni.Tak kuasa la!Kalaulah aku ni anak CEO campany ni,mmemang lah aku boleh resign 1 hour kot dengan gaya bos yang memang cerewet bebenor.

Apa aku bebel pagi2 ni sebenarnya..Aku hentam je tulis apa yang ada dalam kepala hotak aku sekarang.wow!kejap lagi lagu fantasia bulan madu kat radio.Bsst2.Ohhh..aku sebenarnya excited jugak hari ni fengar radio sebab baru beli radio Sony yang boleh set alarm tue dengan kawan aku.Kitorang beli sama.Konon2 nak masuk 2012 boleh set alarm baru untuk bangun pagi awal.Aku harap menjadilah.Maklumlah aku spesis yang memang pengsan.Kaki lambat masuk opis.Gila betul!Chopppp!aku nak buat iklan jap..sekarang kat radio lagu Jerangkung dalam almari..Wings..sumpah aku tak pernah tahu pun Wings ada lagu tajuk cam gini.hahaha aku hanya
Tahu Lena diulit Intan.Best lagu tu..Kikiki..kelakarla jerangkung dalam almari..hahahaha

Mata aku dah ngantuk....till then,wassalam...

Wednesday 28 December 2011

Cuti hujung tahun..

Waaahh..tahun ni lama betul aku cuti hujung tahun.Mungkin sebab terkena sekali dengan cuti Christmas,aku rasa sangat lama.Hari ni pun aku masih bercuti.Syiok sungguh rasanya!2-3 hari ni aku penat melayan karenah anak-anak saudara aku sebab diorang datang KL.takpe2sebab diorang datang sinipun setahun sekali.Walaupun penat,tapi best jugak layan budak-budak ni.

Anak saudara aku ni semua dah besar2.Yang paling besar dah nak masuk darjah 4 dah nezt year.Teringat dulu Cece ni lahir time aku tingkatan 5.Pernah dulu time cuti sekolah aku balik umah,Cece cukur rambut kat Kelate.Botak aje kepalanya.Yang Taufiq pulak lahir time aku tengah tunggu result SPM.Aku adalah time dia lahir.Time tu aku tolong bakar ikan kefing untuk mak dia yang dalam pantang.Dengan Meme aku tak berapa ingat sebab dia lahir setahun lepas tu and aku takdek pulak time dia lahir tu.Kebetulan time dia lahir aku dah kat UiTM Arau dah.Tapi time cuti sem aku sempat lah tengok dia sebab bila cuti sem dulu2 aku akan pergi sabak bernam, aku kerja part time kat sana.Cuti sem dulu panjang.Nak masuk 2 bulan.Itu pasallah aku sanggup tak balik Kelate.Kalau balik kampung kerja makan tido and habiskan beras mak bapak buat ape.Membazir je.Mak ayah aku tengok pun sakit mata.

Cepat betul masa berlalu.Tengok anak2 saudara aku ni,aku rasa lameeee sangat.Tak lama lagi dah nak masuk sekolah menengah.Adus..bila pulak lah aku nak ada anak sendiri ni?hehe Sebabkan budak2 ni da besar semua,jadi bila diorang datang diorang dah pandai cakap nak pergi mana,nqk tengok wayang cerita apa.Senang jugak kerja aku tak payah nak pening2 kepala fikir nak bawak pergi mana.Credit jugak to Gael sebab ada dia buat budak2 tu happy.Setiap hari tanya Gael ikut ke tak.Aku ni bukan diorang nak tanye.Napak aku mitak pinjam ipad jela.Bab2 sonok2 diorang nak dengan Gael.Mungkin sebab si Gael ni pandai melayan karenah budak2 tak macam aku agaknya.










Monday 26 December 2011

Reality Check me


"Berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini telah ada yang miliki
Tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri"

congrats untuk housemate aku akhirnya udah berkahwin...dengan ini secara officialnye aku merangkap umur baya2 aku kt umah ni yang tinggal membujang...hoho...last year pun kawin bulan 12,tahun ni pun bulan 12..agaknya orang suka kawin bulan 12 sebab sejuk ke ape?hehehehe

Gambar-gambar sepanjang majlis kawin Zuw..kt Johor..Parit Besar tak silap nama kampung dia.Tapi time kitorang sampai udah terlepas majlis akad nikah.Frust aku.terlepas sikit je.Herm..nak buat camano...yang penting semua sudah selamat...alhamdullillah..Semoga Zuw dan pasangan bahagia dan dapat anak come2...









Wednesday 21 December 2011

Santarina 2011 di Ofis...

Siang tadi di ofis ada upacara Santarina 2011.Santarina kat opis ni maksudnye bertukar-tukar hadiah sesama kawan opis.Untuk tahun 2011 ni lain sikit sebab penganjur suruh cabut undi nama siap-siap.So,senanglah sikit nak aim hadiah nak beli kat kawan.Betul jugak.Yela,senang nak buat preparation.hehehe

Santarina di ofis ni start tahun 2009.Kebetulan tahun tu aku baru masuk kerja jugak kat ofis sekarang.Masuk ni dah kali ke 3 aku sempat berSantarina bersama kawan-kawan ofis.Oh yea..kali ni juga ada tema warna apa baju kena pakai.Warna akan dapat sekali dengan nama yang kita cabut undi tue.Aku dapat favorite color.Warna merah.Nasib baik merah bukan hijau.Aku tak berapa gemar dengan hijau.Malas nak cakap banyak.Mood nak letak gambar2 Santarina tadi aje..hehehe












Disebabkan gambar2 ni semua dari kamera aku,makanya memang semuanya muka aku lah yang menempek di setiap ruang gambar.hahahaha Ditambah pulak aku memang suka bergambor. Hambek engkau aku nak tambah lagi versi aku sorang-sorang pulak bergambor.Meroyan ni...



Monday 19 December 2011

Dear Gael...Selamat Hari Lahir...

Dear Gael...
Masihkah kau ingat lagi tahun bilekah kau berjumpa dengan aku?Yea..aku masih ingat..2003.Aku masih budak2 lagi time tue rasanya..hehehe Jangankan nak layan..nak pandang pun aku tak mahu..kan?hehehe Jangan marah Gael..Tibe2 aku teringat kenangan tu semua.Walaupun kat UiTM Arau aku memang tak rapat pun dengan kau,maklumlah aku kan junior yang low profile..pergi kelas,balik kelas..aku tak melepak kat mane2 pun.Paling kuat pun kat The Store Kangar..gile betul!Kat Perlis dulu The Store aje shopping mall yang ada.Dasat sungguh!hahaha

Dear Gael...
Masihkah kau ingat kenangan kita sama2 membesar di UiTM Puncak Perdana tu?Aku masih ingat..tapi aku bersyukur sebab bila kita pindah sanalah aku makin rapat dengan kamu..hehehe ingat lagi kah kau time aku nak tergelincir bila bertembung dengan kamu n d geng..Kau boleh gelak je Gael tengok aku..aku rasa muka aku rasa nak letak dalam kuali je..tahu tak???Aku sanggup bangun pukul 7pagi hari minggu Gael sebab nak pergi dating.Sampaikan housemate aku pun pelik..nak ke kelas punyalah aku liat.Tapi nak dating pukul 6.30pagi aku dah bangun Gael...hihihi

Dear Gael...
Masihkah kau ingat tentang 'pakcik bulu hidung' tu?Aku masih ingat..sebab pakcik tulah saman kau dalam library Puncak Perdana dulu.Kenapa?sebab kita masuk library sambil curi2 bawak masuk makanan siap dengan air..Time kau kena saman,aku terus buat-buat tak kenal kau Gael..Itulah kau..aku dah suruh lepas makan dengan minum jangan buang sampah tue dalam tong sampah library bawah kaki kau.Kan dah kena saman?'sampah sape ni?'...'erk..sampah saya..'hahaha tapi pakcik bulu hidung tu agak tak senonoh kan..dah saman orang,dia pergi sambung main solitare..hahahaha

Dear Gael...
Masihkah kau ingat saat2 kita selalu pokai bersama-sama?Aku masih ingat Gael..Ada kadang2 kita makan share aje dekat Jem Corner tue.Order 1 nasi goreng.Pastu makan sambil melayan cerita Puteri..tengok Nora Danish..time tu dia belum kahwin lagi..Tapi almost setiap malam kita ke kandang tu kan..aduh..tibe2 aku teringat tomyam awe2 kelate tu semua.Ayam masak kunyit.Almost setiap malam kita makan sama2 kan??Aku masih ingat tu semua Gael..

Dear Gael...
masihkah kau ingat ketika tahun pertama aku degree?2006 tu?ketika salah sorang bestfriend aku backstab aku..kau sorang saje yang sentiasa bersama-sama aku.Time tu aku ingat lagi,takdek orang pun sebelahkan aku.Semua pandang serong kat aku.Kau satu-satunya yang banyak memberi dorongan kat aku.Aku masih ingat kau pernah cakap.Tuhan tu Maha Adil.Jika kita tak salah..suatu hari nanti,orang tu sendiri akan mintak maaf dekat aku.Aku macam tak percaya time tu.Sebab kawan aku tu pernah cakap takkan sebut nama aku,malah ingat aku.Sampaikan sanggup ludah lagi depan aku.Tapi memang betul Tuhan Adil.Bila masuk semester baru,kawan aku tu mintak maaf balik.Memang betul cakap kau Gael.Tapi kau tahu sangat dengan aku kan Gael,sekali dia buat aku macam tue,seribu kali aku takkan boleh terima dia balik.Tapi aku dah maafkan dia.Cuma menjadi kawan balik.Sorry...aku tak mahu hipokrit...Aku tahu Gael,kau memang tahu aku seorang macamtue.Sebab apa?Sebab sampai sekarang aku rasa kau satu2nya 'kawan' yang terlalu rapat dengan aku Gael...

Dear Gael...
diam tak diam sudah hampir 9 tahun kau mengenali aku sama juga dengan aku.Dari awal2 remaja sehingga hampir melewati usia remaja.Tapi aku tahu aku kadang2 sangat degil sampai sanggup sakitkan hati kau Gael.Aku tahu kau terlampau baik dengan aku.Kenapa?Sebab hanya aku sahaja yang tahu Gael...Sungguh lama aku rasa perjalanan kita....

Dear Gael...
Aku harap masih belum terlambat untuk aku wish kau Selamat Hari Lahir..Semoga kau akan sentiasa bersama-sama aku sekarang,kelak...Aku tahu terlalu banyak ranjau dalam hubungan kita ni.Namun,sekurang-kurangnya kita masih bersama-sama ketika susah dan senang...Gael..tahukah kau,special people like you are very rare??:)



Friday 16 December 2011

Hobi Dulu Dulu (Part 1)

Pagi tadi ketika aku sedang sibuk bersiap-siap nak ke opis..macam biasa kalau aku tak rushing aku akan bukak radio Hot FM.Wah..topiknya agak best.Hobi dulu2.Aku memang tersenyum-senyum bila dengar orang call cerita hobi dulu2.Pasal apa?sebab banyak yang call cerita hobi diorang tu lebih kurang je dengan hobi aku time kecik2 dulu.Jadi aku pun terpikir nak buat entry pasal hobi aku dulu2.

Untuk hobi aku dulu2 ni,aku rasa aku boleh kategorikan dalam 3 kategori.Hobi dengan kawan2 sekampung,dengan adik beradik(oh..adik beradik aku ramai 10 orang,tapi bila masuk nak main game ke ape aku ada team adik beradik aku sendiri)dan yang last sekali hobi dulu2 dengan diri sendiri.Tapi untuk kesian kali ini,aku mahu cerita pasal hobi dulu2 aku dengan kawan2.

1.Bermain polis & penjahat
Ohhh..aku dulu tiap petang dalam pukul 3 macam tu kalau lepas habis kelas mengaji aku g jalan2 pusing kat kampung dengan adik aku.Adik aku semua laki 3 orang.Kira aku last pompuan yang ke 7.Da jadi macam satu rutin pulak,asal petang je nak pegi main ni.Main ni senang je.Buat bulatan ramai2.Patu kira 1,2,1,2.Jadi,group akan dipilih ikut nombor ganjil dan genap.sape yang genap konon jadi team polis,yang ganjil jadi team jahat.So,yang team polis akan tangkap lah yang team jahat.Pusing..lari,berguling-guling atas rumput takut kene tangkap.Kadang2 main ni sampai luke2 bergesel kat tanah.Tu pasal aku banyak parut.Macam2 main kecik2 dulu.hehe

2.Main lompat getah
Main yang ni aku suka jugak.Alah..main lompat getah.Getah tue wat jadi panjang.So,ada dua orang akan pegang.Lompat kena ikut parasla.Start dari kat tanah,pastu naik paras lutut,naik lagi ke paras dada,bahu pastu kepala.Yang ni pun kira mencabar la.Kalau time kita lompat tersangkut kakinya,maka kira kalah lah.Ni pun biasa akan bahagi ikut group.Yang ni dulu sampai kat sekolah pun main.Habis kelas fardhu ain,sambung main lompat getah dengan kawan2 sekolah.Best betul time ni..

3.Main guli a.k.a batu seremban
Ni pun favorite aku ni.Guli kena ada sebijik,pastu batu kene ada 6 bijik.Main lantun2 guli,time lantun guli tue kena grab sekali batu.Batu pulak kena grab ikut nombor.Kena ambik1,2 baru 3.Aku agak score lah main game ni.Kat tepi kelas pun. Oleh jadi main guli ni.Bila dah habis guna tangan kanan,kena tukar tangan kiri.Pergh..yang lagi best tu,kadang2 batu masing2 tak nak kalah bawak sendiri.Lagi cantik batu dapat,lagi bangga la.Kadang2..bila pegi dekat sungai,belek2 cari batu kot2 terjumpa yang cantik.Kalau jumpa,memang jaga betul2 batu tu.Hahaha kelakar betul ingat balik.Aku fanatik main guli ni sampai time nak pegi kelas mengaji,aku sempat lagi main guli kat tangga surau tempat aku mengaji.Nak tunggu turn aku mengaji lambat.Sebab tok guru aku tu dia memang akan bagi turn aku dengan kakak aku last.Kononnye aku dah scorer la mengaji.Jadi..tak nak buang masa..mainlah guli dulu.Pernah lepas mengaji,tok guru aku hadiahkan aku 3 bijik guli sebagai hadiah.Dasyat betul penangan guli.Tapi aku memang hebat mengaji dulu.Umur 6 tahun aku sudah khatam.Siap boleh mengaji berlagu lagi.Itu sebab bila masuk sekolah rendah aku jadi qariah wakil sekolah tiap2 tahun bertanding.hehehe Biasanya aku akan menang sampai peringkat jajahan Jeli.Oklah kan...

4.Main laga laga buah getah
Ni sebenarnya,game orang laki.Biasalah,time kecik2 dulu aku kawan dengan budak laki gak.Disebabkan aku ni memanglah orang kampung sejati,jadi bab keluar masuk hutan takdek masalah.Kadang2 aku ikut masuk kebun getah sebab nak cari bijik getah yang kuatlah kononnya.Bijik getah memanglah cantik.Budak2 sekarang aku tak rasalah diorang kenal biik getah.Haa..tambah lagilah kalau dok kat bandar.Jangan harap nak kenal.Time masuk kebun betah,kenalah bawak plastik sebab nak kumpul bijik getah tu.Yang bestnya kadang2 tengah cari tu...bunyi bijik getah tu jatuh.Pastu berebut rebut kejar nak pegi amik takut2 dapat bijik getah yang 'kuat'..Kuat ni bukan apa,bila nak lawan,bijik getah ni kena letak bertindih,pastu ketuk dengan tangan..kalau salah satu bijik getah tu pecah,maksudnya kalah la.Yang kuat akan lawan lagi dengan bijik getah yang lain.Dulu bijik getah siap ada nama lagi ikut corak kat badan bijik getah tu..Sekarang aku pun dah tak ingat dah nama2 tu semua...

5.Mandi beramai-ramai di sungai kat kampung
Ni pun da jadi macam tabiat pun ada.Mandi ramai2 dengan budak2 kampung kat sungai.Dahla mandi pakai spender je.Ayooo..tak senonoh betul.Haha Sambil mandi ramai2,bawaklah kain sebab nak tangkap ikan kat bucu2 sungai tu.Aku biasa bawak kain lampin sebab senang sikit nak nampak rupa ikan.hehehe Bila dah dapat,aku simpan dalam botol gula2 yang jual kat kedai.Ada kawan aku dia simpan dalam aquarium yang kecik tu.Aku tak dapatlah.Manalah aku ada duit nak beli2 aquarium kecik tue.Nak kena pelangkung lah ngan ayah aku kalau cuba mintak.Garang sungguh ayah aku dulu.Pernah sekali aku dengan akak kena libas dengan dahan pokok.Dahla depan kawan akak aku.Sebab apa?Sebab tak reti nak balik rumah time zohor.Jumpa pulak tu dia cari port kitorang melepak.Sakit tuhan je tahu.Tapi petang tu ayah aku bagi jugak aku pegi jalan2.Yang penting mintak izin dulu.Tapi aku tetP berterima kasih kat ayah aku.Sebab apa yang dia bjat tu lah kadang2 boleh buat aku kontrol diri aku sekarang..

Ada banyak lagi ni sebenarnya aku nak tulis..tapi aku kena stop dulu sebab esok aku kena keje.Takut terbabas.Maybe esok aku sambung lagi entry ni..

till then,wassalam...






3.

Tuesday 13 December 2011

Duhai Mata..

Duhai mataku..tahukah engkau sekarang sudah 3.28pagi?Kenapa kau tak reti2 nak lelap lagi?tahukah kau yang kau buat aku makin terseksa nak bangun pagi nanti?Tahukah kau wahai mataku yang perasaan macam ni sungguh tidak best?kenapa?sebab aku kerja dengan orang bukan kerja dengan company bapak aku..jadi aku sangat runsing sekarang sebab kau masih tak nak lelap..

Duhai mataku...tahukah kau yang sudah berapa kali aku rotate lagu dalam mp3 ni supaya konon2 aku boleh tertido sambil mendengar lagu??tapi..sampai sekarang kau makin tak paham dengan aku nampaknya..huhu..takkan lah kau nak suruh aku telan panandol dengan ubat selesema baru boleh nak masuk tido..mata oh mata..kalaulah kau robot,machine yang aku boleh set kan timingnye dah tentu aku akan set pukul 10 supaya aku boleh tido sepuasnya...

Duhai mataku...sekarang perasaan aku makin kuat mengiyakan yang kau salah satu penyebab aku kurus...kenape?sebab...sebab kau tak pernah nak bagi aku tido yang lena walaupun aku mempuyai masa untuk dapat tido yang lena...bukankah kurang tido tu satu penyebab orang kurus..jadi sekarang aku rase nak salahkan kaulah mata...

Duhai mataku..buat kali terakhir aku merayu pada kau supaya kau cubalah lelapkan diri.Sudah puas aku peluk Lotso ni demi mendapatkan tido yang nyenyak..kalaulah Lotso ni boleh menyanyi kan best...sudah lame agaknye aku suruh si Lotso gemok ni nyanyi lagu Selamat Malam Faizal Tahir dekat aku..huhuhu

Monday 12 December 2011

Facial di Assata

Setelah berkurun tak membelai kulit muka,hari ni aku dengan jayanya pegi ke Assata.Aku dah buat appointment sebenarnya.Rasa takut pun ada seperti mahu jumpe doktor gigi perasaan aku.huhu Inilah padahnya bila muka bergantung pada make up..bila kulit dah teruk..sumbat situ sumbat sini,alih2 kena pergi kepada pakar demi membuang batu2 tersumbatdi dalam kulit.Memang perasaan ada kulit tersumbat sangat tidak best.Lagi2 bila time cuci muka,rasa tak smooth..pastu rasa ada bijik2.Memang sangat tak suka!

Aku dah set pukul 3.Before facial,makan dulu sekejap dengan Gael.Nasib ada Gael boleh teman aku sekejap.Pekena petai dengan tempoyak.fuhh!sedap betul!Tapi petai pakcik ni kemut betul.Ade ke letak 2-3 ketul je.Aku kalau kat kampung sekali makan 2 papan kot petai.Lagi2 cicah budu,dalan tu ada ikan bakar,limau nipis.Bisa 3 pinggan aku makan.hahaha Biasalah..aku orang kampung..memang dari lahir diajar makan macam tu.Makan pun rushing sebab dah pukul 2 lebih.

Memang la berdebar-debar aku rasa bila sampai aje depan pintu Assata tu.Takutttt..Beranikan diri masuk.Isi lagi form details.Pastu masuk tempat facial.Aku kene tukar baju.Pakai kain yang dia bagi.Berkemban.Padahal nak buat facial muka.Aku pakai jela..Masuk amoi tu cakap..'aiyo..u ni sangat kecik..'tahulah aku kurus..huhu

Pastu bermulah episod treatment kat muka aku.Memang amik masa 2 jam lebih.Aku masuk pukul 3.Habis facial dekat 5.30..lama gile!bila part yang die cuci muka.Stimkan muka aku.Memangla best je rasa.Tapi part yang paling aku rasa nak nangis bila yang dia nak abstrak keluar bijik2 yang tersumbat dalam kulit muka aku.Sumpah memang rasa nak menangis,nak terkencing,nak terkentut pun ada.hahaha..Memang sakit sangat2.Dia pun dah cakap,u boleh kena tahan yea.Sebab ni kulit dah banyak tersumbat.Memang nak buang sakit sikit.Aku iye kan jelah.Dalam hati.Hati aku jelah tahu perasaan macamana.Ya ampun....

Habis dia abstrak keluar bijik2 tue..barulah aku rasa lega sikit.Lepastu dia cuci n sapu moisturizer kot sebab rasa sejuk.Aku rase die sapu tu untuk kecutkan balik kulit muke aku lepas ditenyeh tadi tu.Then,die sapukan mask.Memang best yang ni.Time habis die sapu mask ni,die tutup lampu n tinggalkan aku lama jugak.Rasenye adalah dalam setengah jam.Yang peliknya aku memang tak rasa nak tido.So,aku pun terkebi-kebil lah tunggu sampai omoi tu datang balik.Cabut mask n cuci muka aku lagi...

Bila dah siap..aku tengoklah muka aku balik.Habis merah2 kesan buang bijik2 tersumbat tu.Saboo ajelah.Adus..camane aku nak balik ni.Segannya nak lalu depan orang.Dia pun dah cakap jangan usik.Dalam masa 3 hari barilah ,merah2 tu akan hilang.Aku dahla biasa hidup tempek muka dengan make up.Memang rasa down je.huhu.Tapi nak kulit cantik punya pasal haruslah berubat.Kalau tak lagi teruk.Lepas tu die pesan jangan selalu pakai bedak 2 way cake tue sebab pakai bedak2 macam tu lah lagi menyebabkan kulit tersumbat.BB Cream NEVER katanya.Nasibla aku memang tak suka pakai BB Cream sebab rase kulit melekit.yang tu kalau pakai memang saje lah cari nahas.Kadang2 BB Cream die akan tulis 4 dalam 1 la..bila banyak dalam 1 tu lah sebenarnya lagi bahaya..Lepas ni aku akan cuba meminimumkan make up.Pakai yang basic jelah.sunblock n faoundation NAturactor tu.Yang penting bulu tetap bulu mata.Bulu mata harus aku pakai jugak.Tak boleh la kalau tak pakai bulu mata palsu ni.Rasa tak complete je kat muka.hehehehe

Gambar muka lepas facial tidak boleh diupload sebab aku sendiri tengok pun rasa nak nangis.Macam kulit remaja belasan tahun yang baru nak akil baligh.Merah2 semua.huhu

Sunday 11 December 2011

New Year's Eve

Aku malas nak membuat entry panjang malam ni sebenarnya.
Mungkin sebab aku penat rasanya
Atau juga aku hanya ada mood nak upload gambar yang aku poyo2 posing siang tadi saje..hehe
Tapi aku still nak share apa moral of the story dari cerita New Year's Eve yang aku tengok tadi.

New Year's Eve membariskan pelakon2 A list Hollywood seperti Jessica Biel,Robert De Niro,Hilary Swank,Ashton Kucher, Sarah Jessica Parker(aku kureng minat die ni),Halle Berry,Michelle Pfeiffer(lawa dia nbi walaupun dah tua) dan ramai lagilah...Nak kata best giler takde la pulak..Cuma okey untuk aku yang kadang2 suka layan cerita yang romantik2 ni.Yelah,asyik cite action pun bosan gak.Lagipun tengok cite macam ni boleh ambik banyak pengajaran..hehehehe

Antara yang aku dapat dari cerita ni:

Setiap kali nak menjelang tahun baru kita mesti ada azam kan?tapi aku macam tak berapa surelah dengan azam aku..untuk tahun 2011 sebenarnya aku takde pun azam yang aku betul2 nak..herm..tapi untuk 2012 aku memang ada nak 'benda' ni.Aku cuma berharap agar impian aku untuk 2012 jadi kenyataan selain berdoa semoga aku sentiasa panjang umur lagi.Insyaallah..

Hope.Tahun baru maksudnya harapan yang baru.Harapan agar segala urusan aku dipermudahkan.Semoga segala yang akan aku plan berjalan dengan lancar nanti.

Forgiveness.Setiap orang berhak diberi peluang kedua.Dan kita sebagai manusia yang tidak akan lari dari melakukan kesalahan patut saling memberi ruang antara satu sama lain iaitu saling memaafi.Dan kalau boleh cubalah jangan ulang kesalahan yang sama.

Appreciation.Herm...dari asyik merungut saje lebih baik kita banyakkan menghargai orang sekeliling kita.Lagi2 kalau orang itulah yang banyak menyokong kita ketika waktu susah ataupun senang.Jadi,aku rasa aku akan cuba banyak menghargai orang2 penting dalam hidup aku ni daripada menghargai orang yang aku tak pasti..

Hasil editing malam ni.Aku memang suka edit gambar ^_^



aku suka combination Red n Black..

7 sins of chocolate

weeee...mickey mouse pun hitam merah jugak ^_^

aku beli magazine Rapi sebab Kilafairy cover!cantek la dia
alien mate 3 ni come ..

Friday 9 December 2011

Ombak Rindu lagi??

Horey! itulah kata2 yang aku nak cakap malam ni..sebabnya aku dengan bangganya pergi lagi tengok cite Ombak Rindu buat kali ke 2.Saje nak bagi sumbangan untuk kutipan cite ni..hahaha sebenarnya aku nak teman kawan aku.Dia belum tengok lagi.Lagi pun aku spesis yang tak kisah pun tengok cerita dua kali kalau aku rasa cerita tu berbaloi nak ditengok 2 kali.hehehe

Tempat biasa aku tuju jika nak nonton movie bersama kawan2 tak lain tak bukan KLCC..yelah..senang naik lrt je dari opis.Sampai time nak beli full house lagi la cite ni.Sebabkan aku dengan Mieza nak kejar cite kul 7 lebih sebab tak nak lah balik lambat rumah.So, kitorang hanya ada pilihan tengok jugak cite ni.Tapi..semua seat yang ada depan sekali.Ada seat yang okey sikit tapi aku kena duduk asing ngan membe aku.Adusss..sorang kat belakang,sorang kat depan.Bolehlah labuuuu...padahal membe aku beria tak nak kalau tak boleh duduk sebelah.Katanya tak boleh nak borak.Aku paksa jugak amik seat asing.Lagipun depan belakang..boleh je nak toleh2 dengan ketuk kepala kalau nak cakap apa2..

Nasiblah bila masuk baru iklan,movie pun tak start lagi.Elok je masuk tempat yang sepatutnya tempat aku ada orang lain pulak duduk.Aku tunjuk tiket aku si aweks ni punya confident je.Malas nak cakap banyak aku pergi kat lua cakap dengan staff TGV tu.So, aku ngan Mieza tunggula staff tu settle dulu..diri jelah kat belakang sekali.Nasiblah movie tak start.Kalau tak memang aku akan berangin..huh!kung krang kung krang..last 4 orang ni rupanya silap seat kot..semua pergi seat belakang.Aku dah agak dah.Muka confident je time duduk tadi.ish ish...

Memang penuh!Bile movie da start..ade la pulak pakcik ke abang yang duduk belakang aku ni..spesis yang banyak cakap dalam wayang.Emo terlebih ke ape aku pun tak tau.Agak mengganggu la!Nasibla aku da tengok cite ni..kacau mood aku nak jiwang2 tengok Ombak Rindu...Damn..!tengok kali ke 2 pun aku masih touching tengok cite ni..Membe aku pulak dapat duduk sebelah awek yang kejap2 nak nangis..sampai lap air mata kat sua jeans..hahahaha cam kelakar pun ade dah aku rase...

Habis tengok..perut mulalah keluarkan lagu zapin kot.Lapar!!!!Dengan harapan berkobar-kobar nak makan ayam penyet AP.Aku dan Mieza bergegas ke foodcourt.Sekali da tutup.huhu sedih je.Mane tak tutup dah pukul 9.30 malam.At last,terpaksalah makan nasi ayam saje..tapi kenalah makan sebab perut aku pun dah macam masuk angin.Sakit dah.Makan pun laju laju macam nak masuk larian marathon je gaya.Yelah,kesian kat membe aku ni..die nak kene naik train pulak balik.Lainlah aku terus je naik lrt sampai rumah..Tapi dalam mase dok makan laju2 sempatlah jugak snap picture..hehehe Aku tak tahula berat aku dah naik ke apa.Tapi baju yang biase aku pakai ni macam ketat pulak rasenye.Selalu rase tak ketat macam ni.Aiseh...jangan perasaan syok sendiri aku je sudah.Selalu macam tu lah.Bile timbang berat 42kg tak pun 41.5kg..udoh macam pokok ke tiang lampu aku rasa..ok pijaa..ok..jangan banyak mengeluh..at least kurus tapi tak sakit...bersyukur jelah banyak2...

"Cinta itu tak kejam..yang kejam tu manusia kerana manusia tak pandai menilai cinta"

"Wanita adalah ciptaan yang istimewa..semakin Allah sayang dengan kita..semakin banyak dugaan yang Allah bagi" 


"Redha itu ikhlas,pasrah itu menyerah"




Btw..Maya Karin..sangat gojes sokmo!



Wednesday 7 December 2011

"..setiap manusia ada sejarah silam..tapi setiap saat juga sejarah baru dilakarkan..biarlah sejarah lama tu kita biarkan,biarkan berlalu..dan sejarah baru yang kita lakarkan akan jadi milik hakiki." (Tentang Dhia,Episod 9)


Monday 5 December 2011

Ku tak sanggup...

Malam ini aku sendiri
Tanpa dirimu memeluk aku,kasih
Kau di mana..ku ingin bertemu
Ungkapkan semua..rasa rinduku
Haruskah aku berlari..
Haruskah aku menangis lagi..
Ku tak sanggup bila aku jauh dari dirimu
Ku tak sanggup bila aku jauh dari kasihmu
Hanya Tuhan yang tahu segalanya
Rasa rindu yang aku punya..

Panggilan Illahi

Pejam celik..pejam celik December da masuk 5 hari..Hari ni aku dapat berita yang agak mengejutkan.Bekas housemate yang rumah aku duduk sekarang ni kehilangan suami dia buat selama lamanya.Innalilah..aku sangat terkejut sebenarnya.Baru masuk 2 tahun dia kahwin.Aku masih ingat time dia kawen kat Perak dulu..aku dengan budak2 rumah banyak jugak involve dalam wedding dia...Anak dia pun baru umur 2 tahun kot..memang kecik lagi..Akupun masih ingat lagi wajah arwah suami dia yang pendiam tue..memang tak disangka sangka...

Tapi itulah dipanggil panggilan Illahi.Bila ajal dah datang..tak kira umur kita muda,tua yang pasti ajal kita semua tetap akan datang.Yang penting cukupkah bekalan kita nak ke sana??Dalam masa kita sibuk mengejar duniawi yang hanya sementara..kadang2 kita alpa dengan bekalan kita kat dunia yang satu lagi yang sudah pasti kekal hakiki...

Wassalam..

Sunday 4 December 2011

Meronda ari Ahad.Alone.

Aku bangun awal hari ni.Awal akupun dalam 1.15.Okeylah tue sempatlah aku layan Melodi kejap.Biasa kalau hari Ahad aku akan pengsankan diri bangun pukul 3 petang..aiyakkkk...Bangun2 perut aku menyanyi lagu apa pun aku tak tahu...lagu tamil kot!Aku malas nak masak.Jadi breakfast aku yang lari dari timing breakfast sebenar adalah coklat Hanuta.Aku makan tu dua ketul.Habis makan aku basuh uniform buruk aku.Esok nak masuk kerja hari ni baru nak basuh.Cakap pasal tu mesti baju aku tak kering ni sebab sekarang aku stuck di Starbuck sorang2 sebabnya hujan lebat la pulak..huhuhu camana ni...sob sob...

Habis settle basuh baju,sapu bilik aku..aku siap2 nak keluar rumah sebab nak cari makan.Lapa sangat.Last year aku kene gastrik sebab aku jarang makan.Nasib baik tahun ni okey sikit.Lepas makan2 dengan Gael..Gael teman sekejap je sebab dia buzy..huhu so aku plan nak wat appointment untuk wat facial muka aku yang semakin teruk kena serang dengan masalah whitehead & blackhead ni..Aku survey2...last2 aku beranikan diri masuk kat Assuta ni.Aku da berkurun kot tak buat facial muka ni.Last aku buat time aku kerja part time kedai bunga & pengantin time aku midterm break diploma dulu.Rasanya tahun 2005 kot.Huuuu..lama sangat da tu.Tapi dulu aku tak payah nak fikir pasal ni pun sebab kulit aku tak dek masalah.Sekarang je.Adusss..Lepas diexplain bla bla bla semua...aku book buat facial ni this coming Sunday..Yeay..excited plak tibe2.aku bayar deposit RM50.semuanya kena dalam RM150.SO,balance aku bayar bila settle Ahad ni...Facial amik masa dalam 2 jam..oklah tu.Aku pun kalau hari Ahad bukan buat apa pun..Aku harap lepas buat treatment ni whitehead boleh kurang sikit.Risau pulak...

Pastu sambung lagi pusing masuk kedai buku Book xcess.Sini novel2 English harga murah tahap cipan la aku rasa..Bayangkan dulu buku Harry Potter yang harga dekat RM60 yang original..sini bolah jual harga RM29.90 je kot.Memanglah berbalo gile untuk orang yang suka baca novel.Alang2 da masuk aku rembat 1 buku ni.."Men are from Mars..Women are from Venus"...ni bukan novel actually..tapi lebih kepada buku untuk tambah knowledge kita pasal camana relationship women and men...apa yang kontra between both gender..aku belek2 tengok macam best.so..beli jelah..boleh tambah knowledge sikit...

Bila nak balik teringat barang2 keperluan diri banyak da habis..aku singgan jap kat guardian.Beli barang sikit2..Bila elok je aku nak balik ni,aku tengoklah kat tengah2 apehal pulak lah ramai orang.Sekali yengok Guardian kat tengah2 ni buat Clearance stock!Adus..aku baru je masuk Guardian tak perasan pulak ada Clerance Stock.Tak boleh jadila macamni.Aku masuk tengok.Gile!memang murah betul2 ni.Clinille punya mask muka biasa harga RM60 jual RM5!ni memang bagi aku meroyan ni.Aku pun malas nak fikir panjang angkut 2 ketul mask muka.Toner Clinelle dapat harga RM10 je.Lepas tu set professional treatment dia..alahh..yang ada muka Stacy tu.Harga promo pun dah RM70 lebih..dapat RM20.KAt dalam dia ada makeup remover,cleanser,lip solution dengan blemish conceal...not bad.Aku beli set yang ni sebab nak pakai kat opish bila time aku nak pegi semayang Zohor Asar..senang nak bawak kecik je.Lagipun stock toner kat opish pun da habis da...aku beli jugak toner clinelle.Hah..memang murah betul2 ni...Mandian yang harga dekat RM20 dapat RM9 je.So,aku rasa memang patutlah aku macam orang meroyan nak beli semua tadi..hahahahaha

Usai membeli (ayat macam nak wat karangan SPM je)...konon nak balik terus rumah.Sekali kat luar gelap gelita.Damn!aku stuck!Nak naik teksi pun aku cuak la kalau gini gaya.Jadi nak tak nak aku pun terpaksa melepakkan diri kat Starbuck ni.Ayoooo...sorang pulak tu.Tapi aku takdek masalah pun minum sorang2 sebab bila sorang2 aku memang suka tengok gelagat orang..hehehe
sampailah sekarang aku masih stuck lagi..huhu..ini pasallah aku sempat buat entry..
Herm..harap2 kejap lagi hujan stop.Aku nak balik berehar pulak.Nasiblah malam Ahad sekarang takdek cerita best.Cuma kat TV3 da keluar da trailer Merlin season baru.tak sabar betul nak tengok.TV3 pulak saje je nak bagi surprise..tak bagitahu bila date MErlin nak kua..jadi sabooorrrr ajelahhhhh...

Saturday 3 December 2011

Ombak Rindu...



Aku baru pulang menonton Ombak Rindu hari ni.Aku sangat gembira bila tahu dulu yang novel Ombak Rindu akan difilemkan dan hasilnya memanglah tidak mengecewakan langsung.Mungkin disebabkan oleh garapan Osman Ali yang memanglah best kalau buat cerita.Tengoklah macam cerita Cun hari tu.Cerita cun pun best.Aku suka suasana sawah padi...suasana kampung dalam cerita Cun tu...

Berbalik pada cerita Ombak Rindu ni.Aku start baca novel Ombak Rindu ni time tingkatan 5 dulu.Tapi time tu aku kat sekolah lagi.Aku tak beli novel dia.Aku baca pun kat dalam majalah Remaja.Tapi bila baca dalam majalah yang lecehnya sebab bersambung.Nak tunggu next cerita kenalah aku tunggu majalah tu keluar bulan depan pulak.Itu pasal nak bagi habis satu novel lama lah jawabnya.Tapi,bila aku habis form 5..masuk saje diploma kat UiTM Arau dulu,aku baca terus novel dia sebab housemate aku ada beli novel ni.So,tak payah nak tunggu lagi majalah Remaja.Novel-novel Fauziah Ashari memang semua best2.Bila aku baca novel dia,memanglah aku akan senyum sorang2.Lagi satu dia buat macam kita 'masuk' dalam cerita tu sekali.Novel Pergilah Sepi rasanya novel first dia.Yang tu pun best jugak.Cuma yang tu nipis je compare dengan Ombak Rindu..

Jadi...bila tahu saja cerita ni difilemkan,aku sangat excited dan sangat2 teruja.Full House wayang hari ni.Bermula dari awal cerita..memang da menyentuh jiwa wanita aku.'Hidup kita ibarat layang layang yang dibawa terbang tinggi oleh angin..tapi..apabila layang layang itu terputus talinya.." part ni pun da best.Ditambah dengan sinematografi yang sangat cantik.Lakonan Maya sebagai Izzah pun menjadi.Mungkin juga sebab aku minat Maya membuatkan aku tak kisah pun Maya bawak watak Izzah 18 tahun,padahal rasanya Maya agak berusia untuk watak tu.Tapi tak kishlah.Yang penting lakonannya sebagai Izzah memang menjadi!

Aku rasa mata aku kejap2 bergenang dengan air mata.Kejap stop.Pastu sambung nangis balik.Aku rasa almost semua orang macam tu kot.Hahaha tapi still adalah part2 dialog yang lucu2 gak.Mungkin yang menambah lagi effect aku nak feeling tengok cerita ni sebab asyik keluar je lagu tema cerita ni yang Adira dengan Hafiz nyanyi tu.Memanglah lagu ni kena sangat dengan cerita ni.Adusss..memang sedihla cerita ni..huwaaaaaa...rasa nak tengok sekali lagi.Lisa yang bawak Mila model dan pelakon nampak agak muda untuk cerita ni.Bila part dia dengan Izzah..nampak macam Izzah kakak dia pulak.hermm...Aaron Aziz pulak memang sesuai la bawak watak Hariz tu.Apa pun lakonan Bront sebagai Mail pun ok walaupun watak dia tak banyak sangat pun....

Bila habis je tengok cerita ni,keluar wayang aku rasa kepala aku berdenyut denyut.Maybe banyak sangat nangis kot.Aisehh..sekarang pun still rassa pening2 lagi.Nampaknya memangla cerita ni bagi kesan kat kepala aku sekarang...jawabla kenalah aku ambik panadol sekejap lagi supaya penyaki denyut denyut kat kepala aku boleh hilang harapnya esok.Apa2 bagi aku,kesimpulan dari cerita ni...jodoh dan takdir adalah ketentuan yang Maha Esa.Setiap orang Tuhan tu dah tentukan macamana jodohnya.Sebab Tuhan tu kan adil...

Wassalam....

Mencurahkan minyak atas api..

Aku paling tak suka bertekak.Jadi,bila aku rasa aku yang buat salah..jangan lah macam nak simbah minyak atas api.Sebab apa?sebab aku memang sangat2 tak suka orang yang asyik nak betulkan apa salah aku..Come on..aku tahu aku salah tapi boleh diam tak?just shut up!!!Bila datang perasaan macamni buat aku rasa malas nak layan orang macam ni!Jangan sampai satu hari..aku betul2 nekad akan buat hal sendiri betul2...don't you dare to try on me lsaaaaa!!!

Kalau betul nak ungkit salah aku tu sampai mati...ok..fine,aku lagi rela diam terus lepas ni!Bukannya aku luak apa2...tak luak langsung sebabnya aku tak pernah rugi pun...

Nikmatnya sementara..let it go sayang..

Tik tok tik tok..3.46pagi..aku masih belum dapat lelapkan mata.susahnya aku nak dapat deep sleep.herm..lately bila tido pun aku akan terjaga pukul 3-4 pagi.aku pun tak tahu kenapa.alangkah bestnya kalaulah aku dapat tidur yang nyenyak macam baby.Hidup pun takdek masalah.Macam kain putih yang tak pernah diconteng dengan warna lain..

Aku terfikir apa benda yang paling berharga dalam hidup ni??memang..semua orang mahu mencari kesenangan dalam hidup.yela..kita hidup bukan nak makan angin je.Zaman sekarang lagila..jangan cakaplah.Tapi kadang2 terfikir kalau hidup senang tapi hati tak tenang macamana?Ada yang tak berapa senang tapi masih hidup tenang.macamana pulak tu?hermmm..Bagi aku benda paling berharga dalam hidup yang tak perlu dibayar sesen pun...Memori..samada kita sedar atau pun tidak,indahnya kehidupan kita sebab adanya memori.Tapi ada certain2 memori yang kalaulah boleh dipadam macam kita delete je gambar dalam PC kan best..aku mahu sangat dipadam.Tapi tak boleh..tapi kalau kita nak simpan memori yang best2 je itu tak dipanggil hitam putih kehidupanlah pulak kan.Hebatnya kuasa Tuhan.Subhanallah...

Kadang2 keterlanjuran kata..bicara..tingkah laku kita hanyalah dipinjamkankan sementara olehNya untuk menduga kita mungkin.Terlampau teruja dengan nikmat yang hanyalah sementara takkan bawa kita ke mana2 pun.Semakin membuatkan diri alpa dengan tuntutan yang lain yang sepatutnya kita lebih peka.Sejak dua menjak ni aku asyik terfikirkan pasal ni.Setiap hari aku berdoa..berdoa..dan berdoa..Ya Allah..kau peliharalah penglihatan aku Ya Allah..sekiranya ini memang nikmat yang sementara,kau jauhkanlah aku dari penglihatannya..kau jauhkan hati aku dari hatinya..Sesungguhnya aku hanyalah hambamu yang lemah..jadi kuatkanlah benteng dalam diri aku agar aku tidak tewas dengan dugaan mu ini...

Wednesday 30 November 2011

Penat.aku tak nak bercakap hari ni..

Hermmm..hari ni sangat penat.Dari bangun tido sampailah ke habis waktu kerja.Penat maybe sebab aku jarang mendapat tido yang cukup.Bukan sengaja tak nak tido awal..tapi aku ada penyakit yang memang tak boleh nak masuk tido awal.Entah kenapala..dulu time aku belajar kat UiTM pun aku memang suka berjaga.Lagi2 kalau esok kelas petang atau kelas start lambat.Bukan buat apa pun..berjaga sebab tengok movie.nak g bilik TV ramai orang..aku memang tak berapa gemar dengan tempat2 yang tamai orang,sesak..hishh..memang sangat tak suka..Aku dengan kawan aku,Linda ni memang almost everyday tengok movie.Nasibla jumpa membe sekaki dengan hobi aku..tapi bila da kerja memang tak boleh la nak buat macam tue..mati jawabnya esok konpem2 aku tak boleh punya nak bangun pagi..

Berbalik cerita hari ni...dari masuk opis,entah kenapala aku pun tak tahu memang aku takdek mood nak bercakap dengan orang.Lagi2 time closing ni.Kerja berlambak.Time nila orang tu nak mintak invoice,nak statement of account..kadang2 boleh kasi otak aku panas berasap asap.Time tengah bulan aku free tak nak pulak kacau.hushhh...geram!tapi geram aku simpam dalam hatilah..nati kalau tunjuk kat luar tak sesuai dan tak elok.Apa pulak cakap orang.Dala lapar..pagi2 nak kacau.Kalau lepas makan biasa baru mood aku okey sikit.Tu pasal aku cukup tak suka orang kacau aku pagi2.Beza pulak bila da lepas lunch.Kalau lepas lunch barulah aku ada
mood nak gelak2.Adeh..aku rasa perangai macamni kena behave jugak..nati orang lain pulak yang terada.Nasibla tempat duduk aku tercorot dan aku pun tak pandang muka orang...pandang dinding..aku pandang dinding..dinding pandang aku..agaknya kalau dinding boleh cakap,dindinglah bestfriend aku...hahaha gile dah macam psycho pun ada da!

Hari ni memang aku mengejar masa.Lately aku memang hari2 rasa nak balik sharp pukul 6 sebab nak kejar cite Tentang Dhia..da makin best da nie.NAsib baik hati ni sampai umah ngam2 cerita nak start.Tapi kalau terlepas boleh je tengok kat tonton.Cuma aku tak suka tengok kat tonton sebab feel dia lain..hah!bunyi macam poyo je...yelah..kat tonton takdek iklan macam kat tv.BIla tengok kat tv..at least adala time nak rest2 jap bila iklan...hehehe Apapun..watak si Mally memang terbaik!Aku rasa sebab ada watak dia menghidupkan lagi jalan cerita Dhia ni.Cuma kesian pulak aku tengok dekat Azmi.MAcam2 musibah kena..aku terfikir jugak..agaknya ada tak dalam real life orang yang bernasib malang macam ni??Kadang2 kita asyik je merungut..ni tak cukup..tu tak cukup..padahal dalam masa yang sama kita tak terfikir ke dekat luar sana entah2 ada ramai lagi orang yang dalam kesusahan...herm..Macam aku dulu selalu sangat merungut pasal muka asyik naik jerawat.SEkali Tuhan bagi kena minyak panas kat muka hari tu.Time tu tak sempat nak fikir pasal jerawat kat muka,terus risau nak fikir camana nak pulihkan muka bagi cepat sembuh.Alhamdulillah,dalam masa sebulan ni semua da beransur pulih..almost 90%.Time kena tu terus aku berfikir..herm tulah aku tak pernah bersyukur dengan apa yang ada..

Aku rasa dalam apa benda sekalipun,kita patut banyakkan bersyukur dan lebih menghargai orang di sekeliling kita.Aku kadang2 risau jugak bila fikir apa pandangan orang yang aku kenal tentang diri aku.Aku takut kadang2 aku terbuat sakit hati dekat orang2 sekeliling.Yela,.aku hanya manusia.Aku sedar aku tak pernah sempurna tapi tak bermakna aku tidak cuba untuk menjadi yang terbaik...(adusss..ape benda lah aku merepek ni sebenarnya..mungkin sebab kat luar hujan renyai2 membuatkan aku terbuat entry yang agak emosi mungkin....)

Sunday 27 November 2011

Bertudung ALa Hana Tajima

Sejak kebelakangan ni gaya tudung Hana Tajima memang menjadi satu trend bagi muslimah yang berjilbab...terutamanya remaja...aku kadang2 teringin nak pakai macam gaya tudung tu,tapi tidak mungkin aku pakai sebabnya...aku memangla tak reti nak pakai tudung macam tu siap ada jurai jurai kat tepi telinga...ada satu kali tu..time lunch aku napak sorang awek ni pakai gaya tudung ni...tengok dari depan oklah..sekali pandang dari belakang..pin siap 2 3 ketul kat belakang kepala...aku rasa macam pelik pun ada dah...belum lagi tang tepi telinga yang da macam2 pin aku tengok...tapi tak kisah la kan...itu hak masing2 dalam berfesyen..

Tapi kalau tengok Hana Tajima pakai,memang napak sangat smart n ada style..sampaikan Yuna Zaraipun terikut dengan gaya jilbab Hana Tajima.Sedikit kisah Hana Tajima ni.Hana merupakan penganut agama Kristian ye sebelum dia memeluk Islam.Hana merupakan designer bagi brand Maysaa tak silap aku.Hana Tajima ni mix British-Japan dan dia sekarang dok di UK (tak silap akula).Betapa hebatnya penangan Hana Tajima ni sampaikan adik bongsu laki aku pun kenal dengan Hana Tajima.aku ingat dia tak tahu.da maju setapak dah adik aku tue.Jadi,tak hairanlah kalau Hana Tajima menjadi ikon fesyen bagi muslimah sekarang.Kalau tak percaya cubalah perhati kat sekeliling anda sekarang..kalau keluar pergi shopping mall jangan cakaplah..memang anak2 muda sekarang bergaya ala Hana Tajima.Aku sangat kagum dengan penangan Hana Tajima kat Malaysia ni.

Apa2 pun Hana Tajima memang mempunyai aura yang tersendiri.Bagi aku dia sangat chic dengan style dia tu.Sentiasa nampak fresh,elegan namun masih nampak sederhana. Cuba tengok gaya kat bawah ni,betul tak..ramaikan muslimah berjilbab bergaya macam ni sekarang.Kalau terasa nak memakai tuung ala ala Hana Tajima ni,google aje kat You Tube..memang da banyak tutorial yang tunjuk camana nak pakai style macam ni.Selamat mencuba...




Saturday 26 November 2011

Tentang Dhia

"ini semua di luar kawalan kita sebab perasaan bukan benda yang kita boleh nak paksa..nak menghalang..cuma kalau kita tak dapat apa yang kita nak..kita kena belajar melepaskan perasaan tu pergi." (Tentang Dhia,Episod 3) 
 
 

Sabtu yang indah....

Hello my Saturday....(senyum lebar lebar)..
aku sangat suka hari sabtuuuuu...minggu ni lagi best sebab hari Isnin cuti lagi...suka duki hati ini...horeyyy..tambah pulak da gaji...aku ada aim gaji kali ni..aku nak beli kasut atau handbag Charles & Keith...kelmarin aku lalu depan Charles & Keith KLCC...ada year end sale okayyyyyy....jadi apa lagi kena rebut peluang yang ada depan mata..disebabkan time tu aku tengah jimat cermat,tahan nafsu nak shopping...hari ni aku nak jugak beli 1 barang..aku tengok siap ada sale samapi 50%.kena pandai2 lah pilih nie...aku rasa hari ni mesti ramai orang kat mid valley...herm...

Oh tak lupa juga,petang nanti aku ada dating penting bersama Edward Cullen kt GSC Signature...hihi. Breaking Down punya pasal kena la tengok tempat best dan empuk..baru selesa nak pandang Edward...tak sabar sangat nak tengok..tak boleh miss cerita ni sebab da follow dari awal lagi cerita twilight...dalam cerita ni baru aku kenal siapa Robert Pattinson..padahal sebenarnya dia da ada da dalam cerita Harry Potter no.4...biasalah...time tu dia budak2 lagi..manalah nak perasan..sibuk sangat pandang Harry Potter..aku harap Breaking Down tak mengecewakan aku...

Ok..cerita bersambung malam nanti sebab aku nak pergi makan,pilih baju mane nak pakai keluar petang nanti.herm..inilah perempuan,bila nak keluar even dekat pun..especially macam aku,nak fikir baju apa nak pakai,padahal benda tu simple je..cari jela tudung,baju and seluar..apa yang nak pening pun,kan?....

.............................................................................................................
Cerita bersambung

 yea..akhirnya aku pilih tema purple lagi =) aku suka purple sebab...takdek sebab..lately aku suka dengan biru 'Kate Middleton'...ala..kaler biru macam cincin Kate pakai time dia tunang dengan William tu..dan Kate selalu sangat pakai kaler biru itu...sejak dua menjak ni aku macam jatuh cinta dengan biru itu...

sampai je dekat gardens,aku pun da lapar sangat terus menuju ke Flying Chillies..restaurant ni berkonsepkan Thailand..harga kat sini okey...plus kalau ada kat Jusco boleh dapat 10% diskaun bila nak bayar..oklah,jimat sikit..ni antara restaurant favorite akulah kalau datang kat Gardens ni..malas nk pergi makan belah Mid..dah la ramai orang...sesak especially hari minggu..ditambah pulak semalam aku memang book movie kat Signature je,so,tak payahla aku nak jalan2 jauh sangat..wayang naik satu tingkat je lagi dari Flying Chillies nie..makan kat sini aman je..untung2 kalau datang belah Gardens ni selalu sangat nampak artis..kat sini ikan siakap stim memang terbaik!sedap sangat2..disebabkan aku datang berdua je...aku hanya order sizzling beef sayur asparagus kowt ...biasa aku order baby kailan..tekak aku semalam nak makan sayur lain...tukarlah menu sekali sekala...last time aku dengan Gael gila makan tomyam kat sini...setiap kali datang je order tomyam..sampaikan orang kedai ni memang da cam sangat da...macam biasa sebelum upacara makan2,snap snap picture of the day aktiviti wajib aku...:)

aku sgt lapar time ni..malas nak cakap banyak..

sizzling beeg & asparagus ...

Habis makan memang tak sempat pun nak pergi kat Charles & Keith sebab movie da nak start..takpelah..aku fikir balik pas habis tengok movie ada lagi mase 1 jam before kedai tutup..dalam masa sejam tu sempat je nak rembat mana2 kasut yang cantik..lagipun year end sale ni..kena jugak rembat 1 at least..

Berbalik cerita Breaking Down part  ni..cerita kali ni agak emosional..yelah..Bella dengan Edward akhirnya berkahwin..tapi sampai ke sudah bapak Bella ni tak tahu pun yang anak dia nak kawen dengan pontianak hensem..aku sangat suka part yang Bella mimpi kahwin dengan Edward tue,ditambah dengan muzik background yang slow,emotional..kira sangat sesuailah dengan hiasan wedding diorang...memang layan je tengok..bila part yang bukan mimpi,ni yang Bella betul2 kawen dengan Edward..aku memang jatuh cinta dengan gaun labuh yang Bella pakai...aku suka sangat dengan corak belah belakang gaun tue..cantik sangatttt...memang meletup!

oklah ceritanya..cume cerita kali ni macam konflik antara Bella dengan Edward pulak..macamana life diorang lepas kawen..kira macam konflik dalamanla..dahla dalam masa kawen 2 minggu Bella terpregnant..sepatutnya diorang plan tak nak pregnant konon takut effectla sebab Bella kan manusia,Edward potianak..last2 pregnant anak campuran...selepas semua konflik2 tue...and thanks jugak to Jacob sebab Jacob banyak sangat tolong geng2 potianak cantek nie..bila dah sampai part Bella nak beranak,Bella macam dah mati dan Edward takdek pilihan lain kecuali terpaksa gigit jugak Bella untuk tukar Bella jadi pontianak kalau nak Bella terus hidup..memang agak suspen sebab si Bella ni da keras macam batu..diorang semua ingat Bella mati...anddd..last2...Bella jadi jugak pontianak...habis macam tu dan bersambung Breaking Down Part 2...adusss..lame la nk tunggu..aku rase yang part 2 merangkap cerita akhir ni next year baru release kot...sob sob..kena tunggu lagi...

konon2 nk jadi part of them nie..hehehe

Habis je tengok movie,laju2 aku pegi Charles & Keith...usya2 yang mana nak beli..last2 aku rembat 2 pasang kasut...tak rugi pun sebab kasut aku sekarang memang da buruk sangat..dan 2 pasang kasut tue semua ada less 50%!aku memang dah lama nak kasut kaler coklat ...akhirnya dapat jugak..:)

2 pasang ni dpt dlm RM130 je...okla kn sebab ada less:)


Journey end...




Thursday 24 November 2011

Aku,dia dan movie...HappyFeet

Aku suke tengok movie...dari zaman awal cintan cintun belajar kat universiti dulu..time tu umur baru 19..umur 18 tak bercinta lagi sebab nak jaga saham konon2 sebab ramai sangat peminat time tu..(perasannya!)start umur 19,baru aku discover yang aku memang suka tengok movie sampailah sekarang..sekarang da masuk zaman bekerja..still..aktiviti aku dan dia wajib menonton movie hari sabtu..mungkin disebabkan kami punya taste banyak sangat sama...sebab itulah dari dulu sampai sekarang masih buat aktiviti sama....hehehe tapi dalam wayang,especially kalau cerita yang banyak babitkan masa,aku memang cepat je nak pening kepala..nasibla ada Gael..so,aku mulalah pot pet pot pet tanya dia..napa jadi macam tue?nape macamni?nasibla Gael layan je karenah aku yang bising dalam wayang..hahahaa

Sabtu lepas,aku tengok cerita Happy Feet 2..best cerita ni..dia muzikal..dulu aku ingat tengok cerita Happy Feet 1 tahun 2006 tak silap aku..time tue bau sambung degree..tapi time kalau beli set combo yang mana entah dah lupa..boleh dapat payung HAppy Feet..tahun ni takde la pulak..huhu kalau ada mesti aku beli..hehehe disebabkan sekarang da start musim cuti sekolah,aku rasa cerita ni memang sangat sesuai untuk bawa anak2 sekali..bafulah bertambah kemesraan..adus..aku cakap macam gaya da ada anak,padahal kawin pun belum..tapi,kalaulah aku ada anak,aku mesti nak bawak anak aku tengok sekali..hehehe biar nanti ikut perangai mak dia yang kaki nonton wayang..







Berbalik cerita Happy Feet 2 ni,ohh..lupa nak cakap dalam cerita ni ada BRad Pitt dengan Mat DAmon..watak diorang ni ibarat penyeri ceritalah..diorang jadi 2 sahabat udang..kelakar bila dengar Brad Pitt cuba menyanyi sebab suara dia biasa2 aja jika nak dibandingkan dengan wajah kacak Brad Pitt yang sentiasa membuatkan hati wanita aku cair...so,diorang ni takdek kaitan pun dengan geng2 peguin yang comel comel itu..cerita no.2 lebih kepada nak tunjukkan semangat setiakawan,kerjasama untuk mencapai sesuatu..aku sebenarnya lagi suka yang first dulu sebab yang dulu dia nak tunjuk macamana bila kita berbeza dari orang lain..kadang2 kita tak sedar yang perbezaan tu memberi kelebihan kepada diri kita..apa2 pun cerita ni tetap best..kira aku takde la nak menyesal macam tengok cerita Karak,Merong Mahawanga..Merong aku siap tengok kat GSC Signature..sekali macam hampeh je ceritanya..menyesal sungguh..kalau tahu aku tengok kat GSC biasa aje..konon2 nak support..sekali..mengecewakan..aku tak nafikan la teknik CGI yang digunakan meletop,tapi...jalan cerita tu..tolonglah...jalan cerita memang kureng sangat..aisehhh..lepas ni aku memang akan fikir 2 3 kali kalau nak tengok cerita KRU...baik tengok cerita Mamat Khalid buat...confirm tak menyesal..tak pun cerita Khabir Bahtia buat..tu pun dijamin takkan menyesal,menangis adalah macam cerita NUr KAsih The Movie tu...