Sunday 11 December 2011

New Year's Eve

Aku malas nak membuat entry panjang malam ni sebenarnya.
Mungkin sebab aku penat rasanya
Atau juga aku hanya ada mood nak upload gambar yang aku poyo2 posing siang tadi saje..hehe
Tapi aku still nak share apa moral of the story dari cerita New Year's Eve yang aku tengok tadi.

New Year's Eve membariskan pelakon2 A list Hollywood seperti Jessica Biel,Robert De Niro,Hilary Swank,Ashton Kucher, Sarah Jessica Parker(aku kureng minat die ni),Halle Berry,Michelle Pfeiffer(lawa dia nbi walaupun dah tua) dan ramai lagilah...Nak kata best giler takde la pulak..Cuma okey untuk aku yang kadang2 suka layan cerita yang romantik2 ni.Yelah,asyik cite action pun bosan gak.Lagipun tengok cite macam ni boleh ambik banyak pengajaran..hehehehe

Antara yang aku dapat dari cerita ni:

Setiap kali nak menjelang tahun baru kita mesti ada azam kan?tapi aku macam tak berapa surelah dengan azam aku..untuk tahun 2011 sebenarnya aku takde pun azam yang aku betul2 nak..herm..tapi untuk 2012 aku memang ada nak 'benda' ni.Aku cuma berharap agar impian aku untuk 2012 jadi kenyataan selain berdoa semoga aku sentiasa panjang umur lagi.Insyaallah..

Hope.Tahun baru maksudnya harapan yang baru.Harapan agar segala urusan aku dipermudahkan.Semoga segala yang akan aku plan berjalan dengan lancar nanti.

Forgiveness.Setiap orang berhak diberi peluang kedua.Dan kita sebagai manusia yang tidak akan lari dari melakukan kesalahan patut saling memberi ruang antara satu sama lain iaitu saling memaafi.Dan kalau boleh cubalah jangan ulang kesalahan yang sama.

Appreciation.Herm...dari asyik merungut saje lebih baik kita banyakkan menghargai orang sekeliling kita.Lagi2 kalau orang itulah yang banyak menyokong kita ketika waktu susah ataupun senang.Jadi,aku rasa aku akan cuba banyak menghargai orang2 penting dalam hidup aku ni daripada menghargai orang yang aku tak pasti..

Hasil editing malam ni.Aku memang suka edit gambar ^_^



aku suka combination Red n Black..

7 sins of chocolate

weeee...mickey mouse pun hitam merah jugak ^_^

aku beli magazine Rapi sebab Kilafairy cover!cantek la dia
alien mate 3 ni come ..

No comments:

Post a Comment