Tuesday 7 February 2012

Berbulu mata palsu?tak susah pun..

Eyelure-Design by Nadine Coyle

Bonjour!(tibe2 pulak)...malam ni aku mahu cerita pasal bulumata palsu.Aku suka pakai bulumata palsu.Dulu aku tak reti langsung nak pakai.Tapi disebabkan aku ni spesis yang suka nak cuba benda2 baru, makanya akhirnya sehingga ke hari ini aku menjadi pemakai bulumata yang agak tegar aku rasa.

Ok...cerita aku pakai bulumata palsu ni startnya bila aku masuk Watson dan aku tergoda dengan Girls Aloud limited edition punya bulumata.Alah....group UK yang ada si cantek jelita Cheryl Cole. Cheryl Cole ni sekarang dah jadi janda meletop sebab si laki dia,Ashley Cole a.k.a dulunya pemain bola Chelsea ni dah ceraikan dia.Tak faham betul bini dia sikit punya cun boleh lagi nak curang bukan sekali tapi banyak kali.Ok cukup2...dah lari tajuk pulak.Tu kena cerita part lain,gossip artis pulak.

Berbalik kepada topik asal,lepas aku belek2 kotak dia...aku terasa nak try pulak padahal aku tak pernah langsung pakai bulumata ni.Dia ada 5 design dan setiap satu design mewakili setiap satu ahli Girls Aloud.Kira dioranglah design ni.Aku pun beli 1 yang design Cheryl Cole.Harga sepasang RM23.90.Berbaloi yea beli sebab boleh pakai banyak kali.Nak jaga pun senang,gam yang dia bagi sekali tu pun sedap dipakai.Memang tak rasa pun pakai bulumata.Yang paling penting bulu dia halus tak kasar macam yang murah2 harga 3 4 ringgit tue.

Malangnya,bila pakai aku rasa design Cheryl Cole tak berapa sesuai dengan mata aku sebab dia bagi mata nampak jatuh,kuyu..macam mengantuk je bila orang pandang.Aku tak putus asa.Beberapa lepas tu aku pergi lagi Watson dan beli design yang lain.Kali ni aku nak try Sarah Harding pulak.Nampaknya memang tak sia2 sebab design Sarah Harding memang sesuai dengan mata aku compare dengan previous tu.Setiap hari aku akan pakai bulumata ni.Senang sangat nak pakai.Yang bestnya bila pakai bulumata ni aku tak perlu lagi nak pakai maskara.Sebab tulah boleh pakai banyak kali.Bulumata pun tak kotor dek kena maskara.Aku boleh pakai bulumata yang sama lebih 10kali.Serius tak tipu.Yang penting sekali kena pandai jaga.Gam yang lekat dekat bulumata kene tarik slow2 bila dah habis pakai sebab esoknya nak pakai balik.Jimat duit.

Selain design Sarah Harding,ada satu lagi yang laris macam goreng pisang panas dan memang cantek designnya iaitu design mata Nadine Coyle.Yang ni memang cepat sangat habis.Sebab tu bila ada kat Watson aku akan beli 2 pasang terus!Tamak betul.Malangnya sekarang brand eyelure ni memang dah tak jual kat Watson lain kecuali di Watson KLCC sahaja.Dulu ada dekat Watson MidValley..Aku buat survey memang dah takda.dekat Watson The Mall,Amcorp semua takda.Kat KLCC pun cepat habis masalahnya.Sebab tu aku suka beli banyak2 bila ada.Senang buat stok terus.

Selain bulumata brand Eyelure ni aku ada juga try bulumata brand lain seperti Sendayu Tinggi.Brand Sendayu Tinggi tak berapa sesuai dengan aku.Aku rasa tak sebest dengan brand Eyelure.Lagipun bila pakai tak nampak sangat effect kat mata.So,aku hanya pakai sekali je.Berbeza pula dengan brand dari Shu Uemura.Cantik tapi agak susah nak pakai sebab line dia tebal.Bila nak letak kat mata nak kena pegang betul2.Tapi bulu dia memang awesomelah of course.Tu pasal harga pun RM60 sepasang.Jadi,aku hanya akan pakai brand Shu Uemura bila ada event2 tertentu sahaja.

Tapi ini semua ikut citarasa masing2 lah.Aku cerita ni berdasarkan pengalaman sendiri dan sekadar ingin berkongsi tips.

Boleh tengok effect bulumata yang aku cerita tadi tu kat bawah ni..


Yang ni design Nadine Coyle..my favourite!!


Design NadineCoyle

Design Nadine Coyle jugak..

Design Sarah Harding-Favourite jugak nie...
Design Sarah Harding
Shu Uemura-Smokey Eyes
Shu Uemura-Smokey Eyes
Till then,wassalam...

5 comments:

  1. pergh..ku nk gedik pkai contact lense pon xlepas,mcm mn nk pkai bulu mata??haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko kene gak gediks kan diri..nt nk kawin mesti mak andam soh pakai contact lense ngn bulu mata...tak caye tengoklah nati..hehehehe

      Delete
  2. tudung purple & hitam tu cantik la..mana beli?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli kt jalan tar last year..tp kedai tue xdek skg ila..da tutup..sedih je..rugi xbeli banyak2 before die tutup.kt Arzu harge 200.kt kedai ni dulu 69 je

      Delete
  3. mak aii, cecah ratus jugak ek..
    kalau 69 tu mampu lagi la, padan la ngan cantiknya tu..hehe

    ReplyDelete