Aku kecik-kecik dulu sebenarnya bercita-cita mahu jadi pereka fesyen.Wahhhh..cita-cita aku memang tak hingat.Hahahahaha Tapi time sekolah rendah dulu,cikgukan sukelah sangat tanya cita-cita kita nak jadi apa.Tapi time sekolah rendah biasalah...bila cikgu tanya kebanyakkan orang cakaplah nak jadi,doktor,polis,askarlah..Aku tak.Aku nak jadi pramugari!Hehehehe Bila nak masuk darjah 5-6 baru aku bertukar cita-cita mahu jadi seorang pereka fesyen.Kononnyela sebab aku suka tengok apa-apa berkaitan dengan catwalk,baju-baju cantik yang model-model tu semua pakai.Mulalah berangan kalau tak dapat jadi pereka fesyen pun takpelah,nak jadi model catwalk..boleh pakai baju cantik-cantik.hehehehe..Tapi apekan daya,tinggi aku tak cukup untuk menjadi model catwalk..
Teringat dulu satu time aku dengan adik aku Rais ni,pergilah cari kain-kain lebih yang tukang jahit kat kampung aku buang.Aku pergilah kutip setiap petang sebab nak kumpul jahit tangan buat baju.Rais nilah jadi teman aku gobek-gobek kain lebih tu.Bila dah dapat kumpul,satu hari aku kusyuk jahit kain-kain tu semua kasik cantum sini,cantum sana.Memang jadi sehelai baju walaupun kainnya bercampur-campur corak..Bolehlah..dah la jahit tangan je.Aku siap buat butang lagi kat baju tu ambik butang kat baju buruk yang ada kat umah aku.Bila dah siap tu apa lagi,malam tu aku siap pakai lagi nak pergi rumah jiran aku.Rais memangla dok gelak-gelakkan aku sebab pakai baju compang-camping.Peduli apa janji baju tu aku jahit tangan sendiri okey!!hahahaha. Tapi....bila dah tengah-tengah jalan tu,belum sempat pun sampai rumah jiran aku,aku patah balik sebab tiba-tiba rasa segan nak tukar baju.Jadinya,baju itu aku hanya pakai kat rumah je...
Bila aku tingkatan 1,masuk MRSM Gerik,aku masih cakap nak jadi pereka fesyen kalau cikgu tanya cita-cita nak jadi apa.Minat aku masih berterusan bila aku sambung ke tingkatan 4 kat MRSM Balik Pulau.Time ni bila aku cakap,budak-budak laki mesti gelak-gelakkan aku.Pastu perli-perli aku sebabnnya cita-cita macam tu.Aku pun satu,cita-cita tak seiring dengan sekolah aliran sains yang aku amik.Lama-lama aku terpaksa kuburkan saja minat aku tu....herm...tapi sampai sekarang sebenarnya aku masih minat dengan bidang rekaan fesyen..Sebab tu bila tengok NOna ke,aku suka part awal-awal je sebab nsk tengok model-model catwalk dan pakai baju cantik.Project Runaway,American's Next Top Model,Make me A Supermodel antara rancangan-rancangan yang aku suka bila ada masa lapang nak tengok..
Dannnn..aku ada satu misi nak buat sebenarnya.Aku ingat nak sambung balik minat menjahit aku ni.Aku nak jahit manik,labuci dekat shawl kosong aku yang berlambak ni.Saja nak test ada lagi ke skill menjahit aku ni bila dah tua-tua ni.Aku tengok kat shawl yang baru beli tadi macam senang je nak jahit.Bolehlah aku cilok-cilok sikit idea jahitan manik dia tu..hihihihi
![]() |
Adik aku Rais,peneman aku cari kain dulu..udoh besar pun... |
saya sokong!!!
ReplyDelete