Wednesday 1 February 2012

Ya Allah..jangan kau uji aku lagi...

Nampaknya nikmatnya cuti wilayah hari ini tak sempat aku nak rasa.Aku kena berehat saje di rumah..tapi aku belum balik rumah lagi sekarang.Sebenarnya aku baru je balik dari buat medical check up.huhu

Aku sangat takut.Itu saje yang berlegar-legar dalam kepala aku sekarang.Pagi tadi aku terjage pukul9 pagi lagi walupun semalam aku tido lambat,dalam pukul 5.30pagi.Itupun aku tertido.Aku bukan sengaja mahu berjaga,memang aku susah nak tido.Hanya tuhan je yang tahu betapa aku mahu tido seperti orang normal.Selepas asyik terkena 'simptom'itu yang mane aku masuk keluar toilet lebih dari 10 kali pada perkiraan aku..aku mula rasa menggelabah.Aku tak boleh nak duduk diam dah...macam mane ni?kenape jadi macam ni?

Sampaikan aku rasa trauma sedikit nak masuk toilet sebab aku takut dengan 'simptom' itu.Housemate aku pun dah bising cakap aku kurang minum air masak,katenya kencing tak lawasla,apelah..Nampak gaya memang kena pegi klinik sebab menjadi-jadi dah.Sakit denyut2 pun mula datang kat 'situ'..

sebelum ke klinik aku call dulu doktor Jefri takut klinik die tutup,kan hari ni cuti area KL.Nasib baik doktor ada.Lepas siap2,aku makan pun tidak sebenarnya,perasaan lapar jauh aku tinggal kerana yang ada sekarang hanya perasaan takut dan suspen.Dalam hati,aku tak henti2 berdoa janganlah Kau uji aku dengan sebarang penyakit.Aku mahu sihat.Aku mahu normal.

Selepas buat urine test,doktor panggil aku balik.Takutnya!The result?Doktor cakap dia suspect aku kena batu karang.Gelap.Itu saje yang aku nampak.Aku takuuuttttt..Kenapa?sebab kandungan blood dalam darah aku tulis kat kertas tu Large!Pastu result untuk darah putih still ada Small..last,TRace..yang tu pun ada dalam air kencing aku.Sepatutnya untuk orang normal,ketiga-tiga tadi tu harus negatif.Cuaknya aku dengar...

Doktor cakap aku kurang minum air kosong.Memang betulpun!Aku banyak mium milo,kopi..semua yang manis2..Pastu bila kat ofis,aku selalu tahan kencing.Itu sebab aku berisiko tinggi dapat batu karang..Selepas doktor Jefri membebel-bebel kat aku,bagi nasihat kesihatan tu...dia suruh aku datang lagi lepas 5 hariambik ubat yang dia bagi ni.Dia nak test lagi sekali.Aku mungkin juga kene jangkitan katanya.Tapi jangkitan normal bagi perempuan lagi2 bila time period.Masalah yang membuat aku risau sekarang sebab aku baru habis period.Aku cuma berharap sangat sekarang yang result kedua next week bukan batu karang,hanya infection je..

Nampaknya aku kena puasa minum air bergula selagi 'simptom'tu ada.Hilang selera aku dibuatnya hari ni.Tapi aku kena paksa diri aku makan sebab nak makan ubat2 yang doktor bagi ni..Herm..nampak gaya aku memang kena berehat saje kat rumah sambil tengok cerita apelah yang ada kat tonton tu...

2 comments:

  1. Tu la nak sangat jaga kecantikan luaran sampai lupa kecantikkan dalaman...
    well get well soon... suruh la abg Gael jaga baik2 yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 Allah uji kita dengan sakit bg menggugurkan dosa2 kecil kita:)

      Delete