Bahan-Bahan:
- Paling penting sudah tentulah kuah masak lemak cili padi Alif ni (kalau takdek ni,memang takkan jadi..almaklumlah,kalau nak pakai santan,semua manual memang aku tak reti,tarik diri siap-siap..hehehe)
- Ayam yang dah dipotong dalam 3-4 ketul (aku beli je seekor yang dah potong siap2 kat Carrefour,habis cerita..senang kan...)
- Kentang (potong kentang suka hatilah nak bentuk camana asal sodap mata nak pandang dan makan)
- Air masak secawan (secawan untuk 1 paket kuah,lagi banyak paket,air kena tambah supaya kuah tak pekat)
- Cili Padi (untuk yang suka pedas..kuah ni sebenarnya dah pedas gilo!)
- Setangkai serai (tak sure setangkai ke,yang penting 1 la...,kalau taknak letak serai pun takpe sebab dalam ramuan ni sebenarnya dah blend serai,cuma aku suka rasa serai,tu yang tambah lagi)
- Garam secukup rasa
- Perasa /ajinomoto sikittttt je (tak boleh banyak2 nati rambut gugur,kalau ajinomoto takde boleh ganti dengan gula sikit...lagipun ajinomoto tak baik untuk kesihatan)
Cara Membuat:
- Mula-mula,masukkan kuah lemak cili padi Alif dalam periuk dan panaskan tunggu hingga mendidih.Api pakai sederhana sahaja
- Bila kuah dah mendidih, masukkan ayam yang dah dibersih tu bersama-sama dengan secawan air masak...
- Masukkan pula kentang yang dah dipotong cantik-cantik tu...
- Pastu,masuklah lagi serai,cili bagi yang orang suka makan pedas macam aku ni boleh extra cili..hehehe
- Seterusnya,masukkan secubit garam dan perasa bagi menambah kesedapan ayam masak lemak cili padi ni
- Tunggulah sehingga ayam dan kentang ni dah empuk
- Akhir sekali bolehlah dihidang bersama nasi putih untuk santapan perut sendiri...hehehe
- Sekian..senaaaang sangat masak ni...:)
![]() |
Ini dia rahsia kejayaan resipi ini..hahaha |
![]() | ||||
tadaaaa...dah siap..letak 3 ketul ayam je time ni..masak pun cepat2 sebab dah lapa..hihihihihi |
till then,wassalam....
terliur siott!
ReplyDeleteCubelah buat!!!
ReplyDelete