Saturday 7 January 2012

Cerita Darjah Satu

Disebabkan mood sekarang mood budak2 sekolah baru nak masuk sekolah..tak kiralah dari umur 6 tahun nak masuk darjah satu ke,yang darjah 6 baru nak masuk tingkatan 1,makanya..aku rasa mahu membuat entry cerita aku masuk sekolah..bukan apa,dengar raddio pun cerita pasal budak2 baru nak masuk sekolah,bukak tv pun berita pasal ni.Aku pun nak tumpang sekaki teringat aje zaman zaman tok kadok aku dulu.

1992.Bermula episod aku masuk darjah satu.Aku tak sama dengan orang2 lain sebab aku tak masuk tadika.Umur aku 5-6 tahun aku lagi suka ikut bapak aku masuk kebun.Kebun pulak tu jauuuuhhh sangat dri rumah.Nak naik ke sana kena panjat 2 kali bukit.Orang lain sibuk ke tadika,aku ke hutan.Kakak2 aku masuk pulak tadika.Aku anak ke 7 dari 10 orang adik beradik.Start aku dan adik2 bawah aku semua ayah aku tak hantar ke tadika.Sebabnya?Lepas ayah aku tengok keputusan aku yang cemerlang bila tak ke tadika.Buktinya aku dari tak tahu menahu ABC time darjah 1 dulu,aku dapat nombor 1 dalam kelas.Aku pun tak sangka!Padahal aku mula2 masuk kelas hari pertama dulu,sepatah haram aku tak kenal huruf.Kawan2 aku yang lain sebab diorang dah ke tadika,jadinya diorang bolehlah eksyen.

Hari first day darjah satu sangat mencabar iman.Tak sampai waktu rehat aku dah cari akak aku,Muna.Time tu dia darjah 3.Aku dok menangis kat tepi tingkap kelas dia.Aku tak nak masuk kelas.Aku memang tak suka.Yang kelakar dulu aku siap janji dengan dia bila exam aku nak tiru dia sebab dia darjah satu dia dapat nombor 8.Aku rasa dia dah pandai gilelah time tue.Sekali aku pulak yang dapat nombor satu lepas tu.Hehehe.Tapi dulu takdek orang pun nak kawan dengan aku.Aku ni selekeh sangat.Dahla berisi,comot pulak tu.Memang tak cantik.Bila aku masuk darjah 5 la aku tahu diorang tak nak kawan dengan aku.Salah sorang dari geng2 yang agak glamor ni,tibe2 jadi baik dengan aku sebab dia da tak sama kelas dengan kawan2 dia yang lain.Dari situlah dia cakap dia dengan kawan2 yang lain tak nak kawan dengan aku.Aku huduh katanya..huhuhu tapi last2 jadi best fren pulak...

Aku dulu ke sekolah jalan kaki je dengan kakak2 aku.Jarak rumah aku ke sekolah adalah amik masa dalam 30minit.Jadi,pukul 6 aku dengan kakak2 aku dah start jalan da.Aku suka bila jalan kaki pagi2 tu,aku akan pandang je langit.Langit pun kaler merah lagi bila jalan tu.Aku suka pandang langit,awan sebab aku suke tengok bentuk2 awan yang pelik2.Kadang2 macam dinosour,bentuk binatang la banyak.Pastu,aku akan fikir betul ke ade dunia kat atas langit tu.

Aku bukan orang senang macam sesetengah orang mak ayah hantar pergi sekolah.Aku orang susah.Dari kecik aku dah diajar berdikari.Tapi aku tak kisah pun.Sebab aku rasa pengalaman2 macam tu buat aku lebih tabah,kental..Balik sekolah pun aku jalan kaki.Bayangkan tengah2 panas tu aku jalan kaki.Bawak duit 50sen je.Kalau ada duit lebih bawaklah 80sen.Tak sampai seringgit pun!Kalau sekarang tambang Lrt pun dah 3ringgit lebih pergi balik dari tempat kerja aku.Tapi dulu bawak 50 sen pun cukup.Air pun harga seposen je.Air sirap secawan tu.Nasi lemak 30sen je.Memang cukup je.Beza jauh sungguh mak aiiih zaman sekolah aku kat kampung dulu dengan sekarang.

Aku suka memori2 tu semua.Kadang2 bila teringat balik,aku akan senyum je balik sorang2.Sekarang rasa memori tu semua sangaaaaattt jauh..mungkin sebab dah lame.Macamana tak lama..20 tahun dah berlalu..hermmmm..syukur aku masih dipanjangkan umur lagi untuk merasai nikmat2 duniawi ni lagi.Alhamdulillahhhh...

5 comments:

  1. Sorry la terbaca ko punya blog ni... ape da menangis masuk kelas darjah 1.. :P

    ReplyDelete
  2. Mestila nanges.cuakla first day...hehe

    ReplyDelete
  3. "Aku ni selekeh sangat.Dahla berisi,comot pulak tu.Memang tak cantik.Bila aku masuk darjah 5 la aku tahu diorang tak nak kawan dengan aku.Salah sorang dari geng2 yang agak glamor ni,tibe2 jadi baik dengan aku sebab dia da tak sama kelas dengan kawan2 dia yang lain.Dari situlah dia cakap dia dengan kawan2 yang lain tak nak kawan dengan aku.Aku huduh katanya..huhuhu tapi last2 jadi best fren pulak"

    Aku xtau la plak psl citer kt atas nih..atau aku dh lupa..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmgla ko tak tahu sebab bkn ko yg cite...best fren aku tu yg cite...ko kn kelas 5Anggerik..aku 5Cempaka..tekala sape..hehehehe

      Delete
  4. Salam dear...teacher baca kisah fiza ni...teringat zaman teacher ngajar kt Lubok Bongor...train fiza nyanyi lagu Amelina..hehehe..you were so cute last time...I still got the photo...Miss the precious moment..

    ReplyDelete