Friday 20 January 2012

Loreal Shu Uemura Marie Claire

Aku memang sangat obses.Aku obses mahu jadi cantik sentiasa.Disebabkan semangat obses yang mahu selalu cantik sangat tinggi dalam badan aku ni,macam-macam produk kecantikan da aku sapu kat muka aku.Bukan setakat kat muka,makanan kesihatan lagilah.Lagi-lagi kalau minuman yang ada kolagen.Aku suka je nak cuba.Aku suka buat eksperimen dekat muka aku.Sebabkan itulah muka aku tak pernah licin.Mungkin sebab aku suka tukar-tukar produk muka....So,kulit aku tak sempat nak serasi dengan satu2 produk.Paling mahal aku pernah pakai SKII.Tapi harap mahal saja.Hasil sangat mendukacitakan aku.Maybe tengok kulit orang kot.Time aku try SKII dulu...habis kulit aku jadi makin teruk.Siap aku beli satu set.Sekali hampeh!Jadi,goodbye sajalah dengan SKII.Kita memang tak serasi bersama!

Baru-baru ni aku sangat tergoda dengan produk baru Loreal iaitu "Loreal Youth Code".Tengok harga kat Watson RM105.Mak aihhhh agak mahal.Aku terfikir-fikir maybe  sebab hasil dia mungkin bagus kot.Itu pasallah mahal.Aku pun cubalah sampel dia.Sapu-sapu kat tangan.Herm...lembut jadi kulit.So,aku nekad nak beli.Itulah aku.Duit banyak habis kat produk kecantikan aje.hehehe Aku peduli ape.Janji puas...Semalam lepas balik kerja,singgah di Watson sebab hajat di hati nak beli.Sekali pergi.Licin!Habis stok.huhuhu memang kecewa sangat.Jadi hari ni aku nak tengok kat Watson KLCC pulak.Memang aku tak puas hati kalau aku tak dapat.Lega.Ada stok kt KLCC.Tanpa membuang masa aku,aku terus rembat satu.Lagipun hari ni da gaji,so,aku boleh rewardkan diri aku bulan ni dekat make up sekali la.hehehe Dah lama tak beli make up.

Lepas da beli Loreal Youth Code dengan masker mata Puree Beauty,aku pergi tapau Ayam Penyet AP.Aku memang suka sangat Ayam Penyet AP.Dahla tengahari tadi makan Ayam Penyet Expres kat KL Sentral.Dasat sungguh aku rasa penangan ayam penyet ni.Buat aku addicted tahap gila.On the way nak balik,aku memang da pasang niat mahu beli blusher baru colour pink.Tergoda dengan brand Shu Uemura,aku masuk tanya jurujual tu.Aku cakap mahu blusher yang ada shimmer,Bila tengok2 dan try rasa tak berapa sesuailah pulak dengan muka aku.Aku tergoda pula dengan bulu mata yang jurujual tu pakai.Aku tahu Shu Uemura memang terkenal dengan bulu  mata palsu.Even Siti Nurhaliza kahwin dulu pun pakai brand ni.Aku pun tanpa segan silu tanya dia pakai yang pattern mana,sebab nampak cantik kat mata dia.Lepas dia tunjuk yang mana,aku rasa berkenan nak cuba.Tak cukup dengan bulu mata,aku tanya lagi dia pakai eyeshadow yang mana.Aku memang selalu macam ni.Asal tengok orang pakai lawa,mulalah nak interview sebab nak cuba jugak.hehehehe Tapi serius amoi tu memang cantik.

Rupenya dia pakai eyeshadow campur 3 colour.Memang cantik dia pakai.Tapi aku mahu yang kaler coklat saja.Aku cakap kat dia nak yang colour coklat and aku boleh pakai setiap hari senang cerita boleh match lah dengan mana-mana colour baju aku pakai.Lepas dia suggest and aku pun belek2...banyaklah pulak colour coklat shu uemura ni,last2 aku amik medium coklat.Cantik colournya ade glitters sikit.Aku suka.Tak sabar nak pakai keluar nanti.hihihihi...So,final,aku amik fake eyelashes dengan eyeshadow.Barulah aku boleh balik rumah dengan jiwa yang tenang dan happy.Da settle reward diri sendiri lepas penat bekerja..

Oh,aku memang tergoda dengan cover Marie Claire bulan February.Sape lagi kalau bukan si hot mum Angelina Jolie..Sambar lagi untuk kesian kalinya...Aku memang suka kumpul magazine yang cover2 hot mum nieh..



Angelina memang cantik...till then,wassalam..



No comments:

Post a Comment