Thursday 26 January 2012

Mahu tido tapi tak boleh..

Tik tok..jam sebelah katil aku dah hampir masuk pukul 3 pagi.Puas aku cuba lelap.Macam-macam style skuad lentang dah aku buat,nampaknya mata aku degil lagi malam ni...herm..

Mungkin sebab siang tadi aku teroverdose tido.Pagi tadi aku gagahkan diri pergi ofis sekejap walaupun tekak rasa loya nak muntah,perut memulas teramat sangat,pening pun menjadi-jadi.Sindrom aku kena macam orang pregnant.Tapi ni sindrom biasa yang aku dapat bila aku period lagi2 first day.

Sampai saje kat opis,orang tegur elok pun aku tak jawab.Memang xdek mood.Orang tegur pun aku rasa nak muntah dengar.Pelik sungguh sindrom period aku.Muka aku jangan cakaplah pucat sangat sampaikan kawan aku pun perasan dan terkejut tengok.Aku tak nak lengah2 masa,terus pegi klinik kat bawah.Nasib hari ni doktor Jefri.Doktor Jef ni best sikit,da kenal sangat dengan aku.Dia buat2 lawak arini pun aku tak berapa nak layan.Senggugut la katakan.Dia pun paham kot.

Nasib dapat MC.Lega.Laju2 aje aku nak balik rumah.Before balik singgah 7e kejap sebab nak beli air dengan roti.Nak makan ubat pun kena makan jugak.Sampai umah,aku bukak tv kejap sambil baring2.Kawan opis aku sms cakap napak aku kat 7e.Katanya tengok aku jalan macam orang yang boleh jatuh bila2 masa.Terhuyung-hayang katanya.Memangpun sebenarnya!Aku jalan tadi pun cuak2 je sebab rasa macam nak pitam je.Nasibla sampai umah dengan selamat.

Dah telan ubat,ape lagi baringla..Sedar2 dah pukul 7 malam!terkejut beruk aku!Aku tido tadi dalam pukul 10.30pagi kot...ambik ko penangan ubat aku rasa ni.Dahla lapar pulak tu.Aku goreng je ayam yang ada dalam peti sejuk tu.Tapi dah makan nasik pun perut aku lapar lagi.Pisang aku makan 3 bijik dah kot..stil tak boleh tido.Orang cakap makan buah pisang baik untuk dapat tidur yang nyenyak.Makin tak boleh tidur adalah...huhu:((

No comments:

Post a Comment