Sunday 29 January 2012

Amore!i'm not rebecca bloomwood lah...

hye amore!amore!aku bukan rebecca bloomwood tapi aku rasa perangai aku banyak same dengan karakter cerita Confession of a Shopaholic.Sebab tulah aku rasa dah banyak kali kot aku tengok cerita ni tapi aku tak pernah bosan..Aku pernah bertekad untuk cuba berjimat-cermat dan membuat simpanan di masa tua.Tapi....semua tidak menjadi.Pantang ada duit laju je arah tuju aku.Campaklah aku kat shopping mall kat Malaysia.Aku takkan sesat dan mata aku akan bersinar-sinar.

Aku pernah terfikir jugak camana nak buang ketagihan aku ni.Nampaknya tak berhasil.Bolehlah berjaya untuk seminggu.Lepas tu dia jadi balik.Agaknya macam tu ke perasaan orang ketagih hisap rokok?Bukan senang rupanya nak ubah ketagihan kita terhadap sesuatu yang kita suka.Aiyoooo...Sebab tu jugalah aku takdek aset seperti kereta buat masa sekarang sebab aku rasa aku lagi sanggup habiskan duit aku RM500 setiap bulan beli make up,baju,perfume ke dari bayar kereta.Aku lagi rela ke hulu ke hilir naik teksi.Belum lagi setiap tahun nak kena bayar road tax.Lagi best aku shopping beli rantai emas dari bayar tax kat kerajaan.hahahaha...

Sebab tulah kalau cuti panjang,kalau aku tak ke shopping mall,terperap kat rumah aku boleh jadi demam.Aku bukan jenis yang bersosial.Tempat bersosial aku hanyalah di shopping mall,tengok wayang.Itu saje.Aku tak ramai kawan.Kawan aku hanya ramai di facebook.Realitinya,kawan aku boleh kira dengan jari saje berapa kerat.Aku tak kisah pun.Bagi aku kawan datang dan pergi.Selagi aku hidup tak kacau orang,aku bahagia dengan cara macam ni.Sejak dari zaman sekolah sehinggalah masuk universiti,aku dah biasa dengan orang cakap-cakap aku sombong,jual mahallah,kontrollah...ape2 lagilah.Herm..begitu mudah orang judge kita dari pandangan pertama.Belum kenal belum tentu tahu aku macamane...Tapi aku dah kalislah dengan komen2 macam tu.Disebabkan aku jenis sardin girl.So,aku buat bodoh je.Malas nak amik hati pun dengan komen2 macamni...

Samalah juga bila aku rasa aku marah dan bengang dengan orang,aku akan diam selagi aku boleh diam.Aku jenis yang tak suka nak bising2.Paling senang aku diam dan terus tido.Tapi ada satu perkara yang aku paling pantang.Bila orang backstab aku.Jangan haraplah aku nak layan balik.Sowi saja.Aku jenis pendendam.Aku simpan dendam dalam hati.Tapi tak bagus sebenarnya simpan2 dendam dalam  hati,takut nati macam orang tua2 cakap,lama2 makan hati..Betulke yea macam tue??

2 comments:

  1. Orang tua ada cakap lagik.. kalau simpan dendam dalam hati bukan takat makan hati... tapi jugak lama-lama maku-up pun tanak lekat... kang dah x leh cantik2.. LOL

    ReplyDelete
  2. Ohhh...macam tu pulak?kena banyak2 positive la ni dalam hati baru awet mude..LOL

    ReplyDelete