Sunday 29 January 2012

Cerita Make up kat muka

Sejak dua menjak ni adalah 3-4 kerat orang rajin bertanya pasal make up yang aku pakai.Ade yang inbox dalam facebook,ada juga yang tanya direct.Malam ni aku rasa aku ada mood sikit nak cerita pasal make up yang aku pakai.

Foundation
Aku pakai coverface dari Jepun.Brand Meiko.Last time aku pakai naturactor,tapi baru beberapa hari ni aku try Octard pulak.Basically,effect kat muka aku rasa sama saje.Yang lainnya Octard dengan Naturactor sebab Octard lebih lembut,senang nak apply kat muka.Apply pun aku pakai jari sahaje.Tak guna span pun.Aku tak pakai bedak compact.Dulu aku pakai Ronasutra,Pixy,Miamilah macam2 jenis lagilah.Tapi bedak2 tue semua bagi kulit aku sumbat dan rasa tak selesa,jadi sekarang aku hanya pakai coverface ni saja.Dah cukup.Sebab effect coverface ni memang awesomelah!No need concealer.Sume da tutup segala jenis parut.hehehehe

Blusher/Pemerah Pipi
Aku hanya setia dengan blusher Revlon.Color Smokey Rose.Tapi dulu aku pernah pakai Loreal.Still rasa tak sebest Revlon.Sekarang lepas aku pakai blusher Revlon,aku akan apply pulak atas blusher dengan marble baked blush on dari Sendayu Tinggi.Kasi nampak pipi tu naik.Nampak tegang dan bersinar-sinarlah kononnya.

Lipstik
Ni alat make up yang harus ada bagi setiap pompuan aku rase.Macam aku,aku rasa tak best bila muka tak pakai lipstik.Rase muka nampak pucat dan tak berseri-seri.Yang lain tak pakai takpe.Bagi aku lipstik dengan blusher penting sebab 2 make up ni boleh 'menghidupkan' muka aku.Untuk lipstik aku suka brand Revlon dengan Bobbi Brown.Lipstik ada banyak jenis.Aku tak suka yang jenis glossy,ada shimmer.Tak selesa.Rasa melekit-lekit kat bibir.Aku suka yang matte.Setakat yang aku pakai ni,aku percaya dengan matte lipstick dari dua brand ni lah.Kalau Revlon,aku pakai yang matte colour Mauve it Over dengan Really Red.Aku suka warna merah Revlon ni.Kalau Bobbi Brown pulak aku pakai colour Soft Rose dengan Hollywood Red.Cantik sangat.Aku suka juge campur2 colour lipstik ni,so akan dapat warna yang lain.Contohnya kalau nak warna pink lembut,aku pakai Mouve it Over dulu,pastu sapulah yang Really Red pulak.Tekap2 dengan tisu,so lipstik akan tahan lagi lama...Loreal aku tak berapa suka sangat.Sama juga dengan Maybelline.Ni lagi satu brand yang cukup tak serasi dengan kulit aku.Tak tahulah kenapa.Tengok orang pakai okey je.Tapi aku pakai tak selesa.

Eyeshadow
Aku suka dan pakai eyeshadow dari MAC,Skin Food dengan Cybercolors beli kat Sasa.Baru2 ni aku baru try brand Shu Uemura.Memang best!Tahan lagi lama dengan ada effect shimmer sikit.Tapi mahal sikitlah.Satu ketul satu warna dah harga RM60.tapi eyeshadow bagi aku mahal sikit takpe.Sebab tahan lama.Jadi tak membazir pun.Dari segi warna pula,aku lagi prefer warna gold,coklat,hitam sebab aku rasa warna ni sesuai dengan muka aku.Tapi ikut oranglah.Lain orang lainlah taste warna dia.Cuma muka aku tak sesuai dengan eyeshadow warna pink,biru,hijau.Itu antara warna2 yang aku tidak akan sesekali sapu kat mata aku.Dulu pernah gatal beli MAC warna biru sebab tengok Rossa pakai cantik.Alih2 aku bagi kat akak je sebab muka nampak gelap dan garang bila pakai.

Eyeliner
Aku pakai eyeliner Loreal yang liquid punya colour coklat dengan hitam.Ikut moodlah.Kadang2 pakai yang hitam,kadang2 coklat.

Maskara
Maskara pun aku hanya setia dengan brand Loreal sahaja.Yang Volume punya,casing hitam tue.Brand lain tak berapa sesuai dengan mata aku:) Tapi sekarang aku banyak pakai bulu mata palsu,so aku tak pakai lah maskara.Hanya pakai bulu mata palsu saje yang dibeli kat Watson...

Brow Define/Kening
Aku pakai dari brand Sendayu Tinggi.Suka sangat.Colour yang ni macam gold sikit.So,die kasi muka nampak light.Aku tak boleh pakai warna hitam,nanti nampak muka garang dan rasa tua sikit..hehehehe

Brow Define STinggi,Bobbi Brown Lipstik,Marble Blusher STinggi,Cover Face Octard

ni muke fresh siang tadi pakai makeup2 yg disebut kat atas tue:)

Herm..rasenya cukuplah tu cerita make up yang aku tempek kat muka.Setakat ni.. itu sajalah make up2 yang aku tempek kat muka aku..Aiseh..hidup tak ceria kalau tidak bermake up dan rasa tidak confident untuk berjalan di khalayak umum..hehehe

Amore!i'm not rebecca bloomwood lah...

hye amore!amore!aku bukan rebecca bloomwood tapi aku rasa perangai aku banyak same dengan karakter cerita Confession of a Shopaholic.Sebab tulah aku rasa dah banyak kali kot aku tengok cerita ni tapi aku tak pernah bosan..Aku pernah bertekad untuk cuba berjimat-cermat dan membuat simpanan di masa tua.Tapi....semua tidak menjadi.Pantang ada duit laju je arah tuju aku.Campaklah aku kat shopping mall kat Malaysia.Aku takkan sesat dan mata aku akan bersinar-sinar.

Aku pernah terfikir jugak camana nak buang ketagihan aku ni.Nampaknya tak berhasil.Bolehlah berjaya untuk seminggu.Lepas tu dia jadi balik.Agaknya macam tu ke perasaan orang ketagih hisap rokok?Bukan senang rupanya nak ubah ketagihan kita terhadap sesuatu yang kita suka.Aiyoooo...Sebab tu jugalah aku takdek aset seperti kereta buat masa sekarang sebab aku rasa aku lagi sanggup habiskan duit aku RM500 setiap bulan beli make up,baju,perfume ke dari bayar kereta.Aku lagi rela ke hulu ke hilir naik teksi.Belum lagi setiap tahun nak kena bayar road tax.Lagi best aku shopping beli rantai emas dari bayar tax kat kerajaan.hahahaha...

Sebab tulah kalau cuti panjang,kalau aku tak ke shopping mall,terperap kat rumah aku boleh jadi demam.Aku bukan jenis yang bersosial.Tempat bersosial aku hanyalah di shopping mall,tengok wayang.Itu saje.Aku tak ramai kawan.Kawan aku hanya ramai di facebook.Realitinya,kawan aku boleh kira dengan jari saje berapa kerat.Aku tak kisah pun.Bagi aku kawan datang dan pergi.Selagi aku hidup tak kacau orang,aku bahagia dengan cara macam ni.Sejak dari zaman sekolah sehinggalah masuk universiti,aku dah biasa dengan orang cakap-cakap aku sombong,jual mahallah,kontrollah...ape2 lagilah.Herm..begitu mudah orang judge kita dari pandangan pertama.Belum kenal belum tentu tahu aku macamane...Tapi aku dah kalislah dengan komen2 macam tu.Disebabkan aku jenis sardin girl.So,aku buat bodoh je.Malas nak amik hati pun dengan komen2 macamni...

Samalah juga bila aku rasa aku marah dan bengang dengan orang,aku akan diam selagi aku boleh diam.Aku jenis yang tak suka nak bising2.Paling senang aku diam dan terus tido.Tapi ada satu perkara yang aku paling pantang.Bila orang backstab aku.Jangan haraplah aku nak layan balik.Sowi saja.Aku jenis pendendam.Aku simpan dendam dalam hati.Tapi tak bagus sebenarnya simpan2 dendam dalam  hati,takut nati macam orang tua2 cakap,lama2 makan hati..Betulke yea macam tue??

Thursday 26 January 2012

Mahu tido tapi tak boleh..

Tik tok..jam sebelah katil aku dah hampir masuk pukul 3 pagi.Puas aku cuba lelap.Macam-macam style skuad lentang dah aku buat,nampaknya mata aku degil lagi malam ni...herm..

Mungkin sebab siang tadi aku teroverdose tido.Pagi tadi aku gagahkan diri pergi ofis sekejap walaupun tekak rasa loya nak muntah,perut memulas teramat sangat,pening pun menjadi-jadi.Sindrom aku kena macam orang pregnant.Tapi ni sindrom biasa yang aku dapat bila aku period lagi2 first day.

Sampai saje kat opis,orang tegur elok pun aku tak jawab.Memang xdek mood.Orang tegur pun aku rasa nak muntah dengar.Pelik sungguh sindrom period aku.Muka aku jangan cakaplah pucat sangat sampaikan kawan aku pun perasan dan terkejut tengok.Aku tak nak lengah2 masa,terus pegi klinik kat bawah.Nasib hari ni doktor Jefri.Doktor Jef ni best sikit,da kenal sangat dengan aku.Dia buat2 lawak arini pun aku tak berapa nak layan.Senggugut la katakan.Dia pun paham kot.

Nasib dapat MC.Lega.Laju2 aje aku nak balik rumah.Before balik singgah 7e kejap sebab nak beli air dengan roti.Nak makan ubat pun kena makan jugak.Sampai umah,aku bukak tv kejap sambil baring2.Kawan opis aku sms cakap napak aku kat 7e.Katanya tengok aku jalan macam orang yang boleh jatuh bila2 masa.Terhuyung-hayang katanya.Memangpun sebenarnya!Aku jalan tadi pun cuak2 je sebab rasa macam nak pitam je.Nasibla sampai umah dengan selamat.

Dah telan ubat,ape lagi baringla..Sedar2 dah pukul 7 malam!terkejut beruk aku!Aku tido tadi dalam pukul 10.30pagi kot...ambik ko penangan ubat aku rasa ni.Dahla lapar pulak tu.Aku goreng je ayam yang ada dalam peti sejuk tu.Tapi dah makan nasik pun perut aku lapar lagi.Pisang aku makan 3 bijik dah kot..stil tak boleh tido.Orang cakap makan buah pisang baik untuk dapat tidur yang nyenyak.Makin tak boleh tidur adalah...huhu:((

Friday 20 January 2012

Loreal Shu Uemura Marie Claire

Aku memang sangat obses.Aku obses mahu jadi cantik sentiasa.Disebabkan semangat obses yang mahu selalu cantik sangat tinggi dalam badan aku ni,macam-macam produk kecantikan da aku sapu kat muka aku.Bukan setakat kat muka,makanan kesihatan lagilah.Lagi-lagi kalau minuman yang ada kolagen.Aku suka je nak cuba.Aku suka buat eksperimen dekat muka aku.Sebabkan itulah muka aku tak pernah licin.Mungkin sebab aku suka tukar-tukar produk muka....So,kulit aku tak sempat nak serasi dengan satu2 produk.Paling mahal aku pernah pakai SKII.Tapi harap mahal saja.Hasil sangat mendukacitakan aku.Maybe tengok kulit orang kot.Time aku try SKII dulu...habis kulit aku jadi makin teruk.Siap aku beli satu set.Sekali hampeh!Jadi,goodbye sajalah dengan SKII.Kita memang tak serasi bersama!

Baru-baru ni aku sangat tergoda dengan produk baru Loreal iaitu "Loreal Youth Code".Tengok harga kat Watson RM105.Mak aihhhh agak mahal.Aku terfikir-fikir maybe  sebab hasil dia mungkin bagus kot.Itu pasallah mahal.Aku pun cubalah sampel dia.Sapu-sapu kat tangan.Herm...lembut jadi kulit.So,aku nekad nak beli.Itulah aku.Duit banyak habis kat produk kecantikan aje.hehehe Aku peduli ape.Janji puas...Semalam lepas balik kerja,singgah di Watson sebab hajat di hati nak beli.Sekali pergi.Licin!Habis stok.huhuhu memang kecewa sangat.Jadi hari ni aku nak tengok kat Watson KLCC pulak.Memang aku tak puas hati kalau aku tak dapat.Lega.Ada stok kt KLCC.Tanpa membuang masa aku,aku terus rembat satu.Lagipun hari ni da gaji,so,aku boleh rewardkan diri aku bulan ni dekat make up sekali la.hehehe Dah lama tak beli make up.

Lepas da beli Loreal Youth Code dengan masker mata Puree Beauty,aku pergi tapau Ayam Penyet AP.Aku memang suka sangat Ayam Penyet AP.Dahla tengahari tadi makan Ayam Penyet Expres kat KL Sentral.Dasat sungguh aku rasa penangan ayam penyet ni.Buat aku addicted tahap gila.On the way nak balik,aku memang da pasang niat mahu beli blusher baru colour pink.Tergoda dengan brand Shu Uemura,aku masuk tanya jurujual tu.Aku cakap mahu blusher yang ada shimmer,Bila tengok2 dan try rasa tak berapa sesuailah pulak dengan muka aku.Aku tergoda pula dengan bulu mata yang jurujual tu pakai.Aku tahu Shu Uemura memang terkenal dengan bulu  mata palsu.Even Siti Nurhaliza kahwin dulu pun pakai brand ni.Aku pun tanpa segan silu tanya dia pakai yang pattern mana,sebab nampak cantik kat mata dia.Lepas dia tunjuk yang mana,aku rasa berkenan nak cuba.Tak cukup dengan bulu mata,aku tanya lagi dia pakai eyeshadow yang mana.Aku memang selalu macam ni.Asal tengok orang pakai lawa,mulalah nak interview sebab nak cuba jugak.hehehehe Tapi serius amoi tu memang cantik.

Rupenya dia pakai eyeshadow campur 3 colour.Memang cantik dia pakai.Tapi aku mahu yang kaler coklat saja.Aku cakap kat dia nak yang colour coklat and aku boleh pakai setiap hari senang cerita boleh match lah dengan mana-mana colour baju aku pakai.Lepas dia suggest and aku pun belek2...banyaklah pulak colour coklat shu uemura ni,last2 aku amik medium coklat.Cantik colournya ade glitters sikit.Aku suka.Tak sabar nak pakai keluar nanti.hihihihi...So,final,aku amik fake eyelashes dengan eyeshadow.Barulah aku boleh balik rumah dengan jiwa yang tenang dan happy.Da settle reward diri sendiri lepas penat bekerja..

Oh,aku memang tergoda dengan cover Marie Claire bulan February.Sape lagi kalau bukan si hot mum Angelina Jolie..Sambar lagi untuk kesian kalinya...Aku memang suka kumpul magazine yang cover2 hot mum nieh..



Angelina memang cantik...till then,wassalam..



Sunday 15 January 2012

Novel Melayu banyak fantasi dari realiti...

Dulu aku kaki membaca novel-novel melayu.Time aku masuk diploma dalam tahun 2003 dekat Arau dulu,duit PTPTN aku dapat aku guna beli novel-novel cinta Alaf 21.Maklumlah,dulu kat Arau makanan semua murah je.So,duit yang ada tak tau nak habiskan kat mana.Belilah novel.Bercinta pun tidak lagi time tu:)Kerja aku bila hujung minggu takdek lain melainkan baca novel aja.Malam2 habis kelas pun aku jarang keluar.Banyak masa aku habiskan dngan membaca novel2 cinta ni.Kadang2 punyalah kusyuk baca novel sampai skip makan lunch..bila baca novel ni,aku ada satu perasaan macam masuk ke 'dunia' tu.Konon2 macam akulah pulak yang jadi watak heroin tu.hahahahaa....itu pasallah sampai terskip luch,dinner...lagi satu,maybe time tu masih kebudak budakan lagi,hidup penuh dengan dunia fantasi je.Time tulah nak fikir,kalau ada boyfriend nak yang handsome,gentleman..alah..macam yang selalu didescribe dalam novel Melayu.Sangat poyo aja aku rasa sekarang.

Kebanyakan novel2 Melayu yang aku baca time dulu banyak pasal kahwin kontrak,tangkap basah,kahwin paksalah..dan almost semua novel2 tu semua akan describe yang heronya tidak lain tidak bukan sangatlah charming,anak orang kaya,playboy tapi tak pernah terlanjur(ni satu kenyataan yang susah aku rasa nak jumpa di dunia realiti jenis lelaki macamn)..ohhh..lagi satu akan pakai kereta yang mewah2..aku tak tau kenapa dulu aku suka dengan watak2 camni,tapi bila umur aku semakin meningkat..aku mula sedar yang watak2 ni semua terlampau fantasi...sangat tidak realiti dengan kehidupan sebenar...Sekarang aku rasa sangat 'geli dengan cerita macamni'...Kenapa susah sangat nak jumpa watak lelaki yang miskin,wajah pun tak seberapa handsome jadi hero dalam novel2 Melayu...??kenyataannya aku rasa kaum wanita termasuklah aku memang suka membaca sesuatu yang fantasi dan indah2 belaka..jadi bila baca akan tersenyum sorang2...

Herm...kalau watak si heroin pula,kebanyakkan dari kampunglah...miskin,solehah,cantik walaupun tidak bermake up,dari family susah2..pastu akan dipaksa kahwin oleh bapaknya konon2 nak balas jasa dengan family hero yang sangat kaya raya..lepas tu bila kahwin,yang hero mesti tak suka dekat yang pompuan ni,asyik gaduh,takdek istilah 'malam pertama'..sebab...?kononnya tak cintalah..dah ada girlfriend urban yang lagi hot dan seksi.Lama2 dua-dua ni jatuh cinta...salah satunya novel Kau yang Satu...Kenyataannya...aku rasa susah kot nak jumpa cerita cinta yang macamni dalam life kita.

Kenyataanya kehidupan realiti kita tak seindah novel2 melayu yang bisa membuat golongan wanita hidup dalam dunia khayalan ni.Berpijak di dunia yang nyata.Kalau aku pun aku tak rela kahwin kontrak,tangkap basah.Lagi satu kalau bapak aku paksa kahwin dengan orang yang aku tak kenal dan tak cinta,dah sah2 aku takkan setuju.Tak mungkin aku selemah watak dalam novel2 ni semua.Lagipun,golongan wanita sekarang kebanyakkannya yang sudah educated boleh berfikir dengan waras menggunakan akal mana yang baik dan buruk dalam memilih pasangan hidup...sebab tulah aku bila da tua bangka ni rasa lagi suka baca novel Harry Potter.Ini baru betul2 fantasi..terbang pakai penyapu la..ada kuasa sihir lenyapkan diri,boleh menyamar jadi orang lain..aku rasa aku lagi gemar novel2 JK Rowling ni dari penulis2 yang tidak harus aku tulis kat sini...Apelah yang aku membebel petang2 ni...hehe

Sunday 8 January 2012

Vanilla Latte hilangkan dahaga tekak aku...

Menikmati secawan Vanilla Latte...ambil tempat disebalik tiang..minum sorang2 sambil memerhati gelagat orang yang lalu-lalang setelah aku berjaya memborong sehelai kemeja,cardigan DKNY,sehelai tshirt Billabong..wah..semua dibeli dengan harga murah2 saje sebab ada clearance stock.Aku suka beli baju time sale aja.Aku peduli apa kalau orang cakap beli baju time sale.Kenalah jadi pembeli yang bijak kalau nak beli baju banyak2.hahahaha Kat MNG pun jeans tengah sale ni.Aduss,niat nak rembat jeans MNG kena tunggu dulu sebab dah banyak aku borong bulan ni.Aku suka jeans MNG sebab cutting dia betul2 ngam dengan size peha aku yg xs ni.Size 1.Levis pun tak sebest cutting MNG.Tapi lain orang lain taste kot,lain pulak cuttingnya...

Aku suka usya orang lalu-lalang.Aku suka tengok gelagat orang.Oopss..tapi aku kurang gemar mengusya kaum Adam a.k.a lelaki.Memang aku tak suka.Aku hanya suka mengusya wanita2 yang cantek.Kalau mak orang yang cun2 lagi aku suka tengok.Hehe tapi aku normal dan bukan lesbian...

Memerhati gelagat orang bertemankan lagu2 K-Popp...layan je especially dengar lagu Roly-Poly ni rasa mahu menari la pulok.hihi Mood masih dengan cerita Full House,jadinya lagu di mp3 aku penuh dengan ost Full House.Walaupun aku agak ketinggalan tengok cerita ni.Cerita ni top time aku diploma dulu,tahun 2005 rasa aku.Tapi time tu aku tak pernah tengok langsung sebab aku rasa Rain macam pompuan.Damn!sekali dah tengok Rain rasa minat pulak.Ditambah pulak suaranya yang sodap tu,dengan mukanya yang super duper cute.Falling in love:)

p/s:Aku wanita biasa yang mudah tertawan dengan muka2 jambu hero korean..

mood k-pop menular-nular dalam diri aku sekarang..hehehe
*credit to the talented photographer *





till then,wassalam..xoxo..

Saturday 7 January 2012

Cerita Darjah Satu

Disebabkan mood sekarang mood budak2 sekolah baru nak masuk sekolah..tak kiralah dari umur 6 tahun nak masuk darjah satu ke,yang darjah 6 baru nak masuk tingkatan 1,makanya..aku rasa mahu membuat entry cerita aku masuk sekolah..bukan apa,dengar raddio pun cerita pasal budak2 baru nak masuk sekolah,bukak tv pun berita pasal ni.Aku pun nak tumpang sekaki teringat aje zaman zaman tok kadok aku dulu.

1992.Bermula episod aku masuk darjah satu.Aku tak sama dengan orang2 lain sebab aku tak masuk tadika.Umur aku 5-6 tahun aku lagi suka ikut bapak aku masuk kebun.Kebun pulak tu jauuuuhhh sangat dri rumah.Nak naik ke sana kena panjat 2 kali bukit.Orang lain sibuk ke tadika,aku ke hutan.Kakak2 aku masuk pulak tadika.Aku anak ke 7 dari 10 orang adik beradik.Start aku dan adik2 bawah aku semua ayah aku tak hantar ke tadika.Sebabnya?Lepas ayah aku tengok keputusan aku yang cemerlang bila tak ke tadika.Buktinya aku dari tak tahu menahu ABC time darjah 1 dulu,aku dapat nombor 1 dalam kelas.Aku pun tak sangka!Padahal aku mula2 masuk kelas hari pertama dulu,sepatah haram aku tak kenal huruf.Kawan2 aku yang lain sebab diorang dah ke tadika,jadinya diorang bolehlah eksyen.

Hari first day darjah satu sangat mencabar iman.Tak sampai waktu rehat aku dah cari akak aku,Muna.Time tu dia darjah 3.Aku dok menangis kat tepi tingkap kelas dia.Aku tak nak masuk kelas.Aku memang tak suka.Yang kelakar dulu aku siap janji dengan dia bila exam aku nak tiru dia sebab dia darjah satu dia dapat nombor 8.Aku rasa dia dah pandai gilelah time tue.Sekali aku pulak yang dapat nombor satu lepas tu.Hehehe.Tapi dulu takdek orang pun nak kawan dengan aku.Aku ni selekeh sangat.Dahla berisi,comot pulak tu.Memang tak cantik.Bila aku masuk darjah 5 la aku tahu diorang tak nak kawan dengan aku.Salah sorang dari geng2 yang agak glamor ni,tibe2 jadi baik dengan aku sebab dia da tak sama kelas dengan kawan2 dia yang lain.Dari situlah dia cakap dia dengan kawan2 yang lain tak nak kawan dengan aku.Aku huduh katanya..huhuhu tapi last2 jadi best fren pulak...

Aku dulu ke sekolah jalan kaki je dengan kakak2 aku.Jarak rumah aku ke sekolah adalah amik masa dalam 30minit.Jadi,pukul 6 aku dengan kakak2 aku dah start jalan da.Aku suka bila jalan kaki pagi2 tu,aku akan pandang je langit.Langit pun kaler merah lagi bila jalan tu.Aku suka pandang langit,awan sebab aku suke tengok bentuk2 awan yang pelik2.Kadang2 macam dinosour,bentuk binatang la banyak.Pastu,aku akan fikir betul ke ade dunia kat atas langit tu.

Aku bukan orang senang macam sesetengah orang mak ayah hantar pergi sekolah.Aku orang susah.Dari kecik aku dah diajar berdikari.Tapi aku tak kisah pun.Sebab aku rasa pengalaman2 macam tu buat aku lebih tabah,kental..Balik sekolah pun aku jalan kaki.Bayangkan tengah2 panas tu aku jalan kaki.Bawak duit 50sen je.Kalau ada duit lebih bawaklah 80sen.Tak sampai seringgit pun!Kalau sekarang tambang Lrt pun dah 3ringgit lebih pergi balik dari tempat kerja aku.Tapi dulu bawak 50 sen pun cukup.Air pun harga seposen je.Air sirap secawan tu.Nasi lemak 30sen je.Memang cukup je.Beza jauh sungguh mak aiiih zaman sekolah aku kat kampung dulu dengan sekarang.

Aku suka memori2 tu semua.Kadang2 bila teringat balik,aku akan senyum je balik sorang2.Sekarang rasa memori tu semua sangaaaaattt jauh..mungkin sebab dah lame.Macamana tak lama..20 tahun dah berlalu..hermmmm..syukur aku masih dipanjangkan umur lagi untuk merasai nikmat2 duniawi ni lagi.Alhamdulillahhhh...

Cinta tak direstu...

"Cinta tanpa restu ibarat jasad tak bernyawa"-Tentang Dhia,episod 30

Sunday 1 January 2012

Welcome 2012

Ahlan wasahlan...harap belum terlambat lagi untuk aku wish hepi new year kat diri sendiri..hihi wahhhh..hari ni dah masuk tahun baru rupenye.Sungguh tidak disangka- sangka.Aku sebenarnya belum makan lagi.Sangat lapar.Tapi hari ni mood aku nak makan nasi dan lauk yang aku masak sendiri.Hermmm...tengah berfikir-fikir nak masak sup ayam.Masalahnya aku tak pernah masak sup ayam sendiri sepanjang hayat aku ni....

Jadinya,sementara menunggu Gael di Starbucks ni,dari tadi aku sibuk dok google resipi Sup Ayam.Masalahnya sekarang,banyak pulak yang keluar dan aku makin confuse nak cuba yang mana satu.Pastu almost semua resipi ada suruh letak pelaga..apa ko bondo pelaga ni??Adus...aku tak pernah tahu pun.Ke sebab kalau orang kelate dia sebut pelaga ni bende lain...confius...confius..Nila..gatal nak masak sup ayam tapi tak reti.hahahaa Aku sebenarnya hanya reti masak makanan berunsurkan petai sahaja.Hahaha Sambal udang dan petai ke..tu semua aku retila..yang pedas2 ni.Tapi yang sup ni memang aku tak pernah cuba.Kali nak try.hehehehe

Kejap lagi nak singgah Giant and beli barang2 yang perlu untuk masak sup ayam ni.Aku ni iyea iyea je cakap.Entah-entah jap lagi ayam aku beli aku goreng kunyit je.hahahaha sayur aku senang je.Aku suka rebus brokoli pastu cicah budu pati istimewa aku tu.Macam tu pun aku dah lalu makan.Kat KL ni susah nak dapat petai.Kalau ada petai lagi senang.Aku tak payah pening2 pikir lauk.Janji ada petai,budu dah...cukuplah..tu pun aku dah berselera.Sebab susah nak dapat petai tulah aku ganti dengan brokoli.Konon2 modenla.Tapi cicah dengan budu jugak.hehehehe nak buat macamana,tekak orang kampung...kadang2 bergaya je lebih,tapi dalam hati tu tetap orang kampung jugak..hehehe...