Saturday 3 March 2012

Facial di New York Skin Solution..

Siang tadi aku pergi facial di New York Skin Solution.Appointment sepatutnya pukul 1 tengahari.Tibe2 dapat call suruh aku pergi pukul 2.Okeyla.Lagi lambat lagi aku suke.Ni first time aku nak try wat facial treatment kat NYSS...sebelum ni try buat di Assata.

Aku sampai sana dah pukul 2 lebih.Lambat sikit.Masuk aje penuh orang rupenye buat facial kat sini.Patutla dia suruh aku buat time weekdays.Mana sempat,habis kerja pun dah lambat kot.Lepas buat registration,tunggu turn,isi form mane yang patut..dalam pukul 2.40 camtu baru start.Tapi before start facial,dia analisis dulu kulit aku ni jenis apa,apa problemnye..Berbeza dengan facial di Assata.Dekat Assata dulu,dia tak analisis pun kulit.Terus je buat treatment...Tapi yang kelakar dengan consultant ni,first time aku cakap dengan dia dan aku gelak2,dia boleh cakap gigi aku cantek..haaaa?biar betik?Aku cakap kat dia gigi i berterabur u cakap cantik..orang gigi tersusunla baru cantek.Dia boleh cakap gigi aku comel sebab ada taring.Hahaha kelakar sungguh!Tak pernah dengar pulak orang cakap cam gini...

Lepas kulit di scan dan diberi penerangan oleh consultant tue,bermulalah sessi merawat kulit parah dan tersumbat kat muka aku ni.Treatment amik masa dalam 3 jam.Makanya,dekat pukul 6 jugaklah habis.Treatment macam ni part yang sakit sikit biasalah..bila part nak kuarkan bijik2 sumbat kat kulit.Serius memang sakit!Rasa nak terkencing aje menahan kesakitan ni.Adesss...Obses nak cantek punya pasal..sakit pun sakitla...Habis tompok2 merah kulit aku.Bengkak2.Aku dah agak dah.Tapi bila last die letak mask muke yang sejuk tu,baru rasa lega sikit kulit.Tapi tak rasa nak tido pun.Padahal mask yang last sekali die tempek kat muka aku agak lama lah.Adalah dia tinggalkan aku dalam bilik tu dekat dengan setengah jam...

Selepas selesai treatment session tu,dan diconsult lagi sekali..aku setuju untuk ambik 10 session lagi.Aku ambik repairing punya treatment.10 session maksudnya kalau tiada aral melintang dalam pertengahan bulan 6 baru habis.Bayar deposit untuk 10 session tu.Wahhh..melayang lagi duit.Plan nak buat benda lain..alih2 duit habis kat muka lagi.Aiyoooooo....!Lepas settle bayar deposit tu,aku dapat product2 NYSS ni sekali terus.Ada dalam pakej dia sekali.Uhhh..teruja sungguh nak mencuba!Banyak sungguh aku berhabis untuk kulit muka.Hishhhh...kalau tak napak perbezaan ni tak tahu lah nak buat camana lagi...Mak aku kulit cantik sangat.Tapi die tak pakai satu product pun kat muka.Jerawat takde,jeragat ape tah lagi.Rambut pun takde uban padahal dah umur 60 lebih.Pelik gak aku tengok...Kene menuntut ilmu dengan dia ni kalau tak jalan gak treatment kali ni.... :)

Nasib baik esok cuti lagi.Boleh aku mengurung diri dalam rumah saje.Nak kua pun tak boleh sebab muka bengkak2 lagi.huhuhuhu



4 comments:

  1. Salam nak tanya berapa bayar utk deposit yer..pm me please on emel nurmazwin@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. This is very nice blog in which there is an information about skin care problem and its solution very nice keep sharing.

    Herbal Beauty Salon in New York | Herbal Beauty Salon in Valley Stream

    ReplyDelete
  3. Body Massage in Delhi, rohini, pitmapura. Today life is very busy and hectic. People are very much busy in their life and tired very badly mentally and physically.

    Rose Body Massage in Delhi
    Rose Body Spa
    Body to Body Massage in Delhi By Female
    Body to Body Massage in Delhi
    Rose Body massage in Delhi Map

    Body massage in Delhi Video

    ReplyDelete