Sunday 27 May 2012

Burberry Lipstick

Aku sangat sangat obses dengan lipstik.Banyak-banyak bahagian make up,aku paling suka kumpul lipstik.Lagi-lagi kalau casing dia unik dan cantik.hehehe...Bagi aku warna lipstik boleh membangkitkan mood kat muka.Contohnya kalau aku nak nampak glowing,fresh..aku akan pakai lipstik warna merah terang berderang.Favorite lipstik warna merah yang aku pakai sekarang Estee Lauder warna Red Tango.Casing dia pun cantik.

Berbalik kepada topik asal...aku tak pernah lagi cuba lipstik Burberry.Aku tergoda mahu mencuba lepas tengok si Gorgeous Rosie Huntington pakai dalam iklan Burberry Body Perfume yang baru.Damn hot si Rosie ni.So,aku carilah lipstik ni di Isetan KLCC.Kat Sephora takde nampak pulak make up2 brand Burberry ni.Warna yang aku cari nude.Aku suka jugak warna2 nude sebab nampak tak over dan lips nampak sexy aku rasa bila pakai warna macam ni.Lepas tanya promoter dekat kaunter Burberry,dan dia pun test kat lips aku,akhirnya aku angkat seketul.Harga satu RM95.Mak aihhh...mahal bebenor.tapi bagi aku worth it.Pakai pun best,warna cantik and casing die ade magnet.Cun!!!! Aku amik kod nombor 25,Nude Rose..


ini rupenya memakai lipstik burberry..hehe nampak warna natural
cantiknye Rosie!

No comments:

Post a Comment