Sunday 30 September 2012

4 bulan yang terhenti...?

Assalamualaikum.

Sudah lama tidak menulis blog.Last entry hujung May 2012.Kira-kira dalam 4 bulan aku berehat dari menulis dan dalam masa 4 bulan itu jugaklah aku tutup blog aku.Alah...macamlah ade sangat orang nak bacekan...Sudah bersawang berhabuk sangat blog ni rasanya.Banyak faktor-faktor yang membuat aku berhenti berblogging.Antaranya sudah tentu MALAS.Memang malas sangat nak menulis..sebab tiada apa yang dikongsi ditambah faktor kesibukan di tempat kerja.Herm....ditambah lagi aku kehabisan idea nak menulis..entah kenapa aku pun tidak tau...

Hari ini aku terbukak hati pulak nak menulis,menyapa blog bersawang yang dah lama tak aku jengah ni..hehehe Tup tap tup tap...sudah hari terakhir September rupenya dan hari akhir terakhir hujung minggu kerana esok aku terpaksa mengadap kerja-kerja opis aku yang tak pernah habis.Aaahhh,,,bosan bila memikirkan pasal kerja.Sejak dua menjak ni aku selalu berfikir macam mahu resign saja dari kerja sekarang..Tapi aku harus bertahan sebab masih tiada rezeki di tempat yang lain.Apa yang aku mampu hanyalah berdoa dan terus berdoa.Aku tidak tahu kenapa jiwa aku sangat sensitif sejak dua menjak ni.Kadang-kadang time kerja pun aku boleh nangis.Aaaahh...adekah aku terkena penyakit jiwa kacau...??

Bercakap pasal kerja..kenapa orang cepat menghukum di atas kesalahan kita?Bila orang nampak kesalahan kita...segala apa yang kita dah buat selama ni, penat lelah cepat saja dilupakan..mungkin itu lumrah manusia.Cepat menghukum,menilai berdasarkan kesalahan yang tanpa meraka sedar yang aku manusia bukan ROBOT!.Agaknya kalau dah tiada baru nak ingat,hargai...hemm...aku kadang-kadang sampai ditahap meluat,jaded semua bercampur baur sekarang.Aku pula jenis yang tidak boleh buat-buat suka kalau aku dah tak suka dekat seseorang..tak kiralah dua-dua orang ke..Apa yang aku mampu buat sekarang hanyalah bertahan.Berhati-hati dengan pertuturan aku kerana kawan sekarang pun banyak tikam belakang.Kadang-kadang nampak baik..mulut manis di depan..tapi di belakang???

Cukuplah dulu aku merepek.Tiba-tiba aku rasa mengantuk pulak dengan entry aku yang entah apa-apa ni kan...mungkin sebab lama sangat bertapa, bila ada peluang menulis mulalah nak emosi pulak..hehehe till then..Wassalam...