Sunday 26 February 2012

#Lagu Hari Ini#

#Lagu Hari Ini#

Lagu ini aku suka layan bila baring2 nak amik mood nak tidur.Serendipity salah satu movie favorite aku.Tak puas tengok muka John Cusack yang charming dan cool itu.Nice love story,sedih pun ada.Tengok banyak kali pun tak boring...


"Far Away"
by: Nickelback


This time, This place
Misused, Mistakes
Too long, Too late
Who was I to make you wait
Just one chance
Just one breath
Just in case there's just one left
'Cause you know,
you know, you know

That I love you
I have loved you all along
And I miss you
Been far away for far too long
I keep dreaming you'll be with me
and you'll never go
Stop breathing if
I don't see you anymore

On my knees, I'll ask
Last chance for one last dance
'Cause with you, I'd withstand
All of hell to hold your hand
I'd give it all
I'd give for us
Give anything but I won't give up
'Cause you know,
you know, you know

So far away
Been far away for far too long
So far away
Been far away for far too long
But you know, you know, you know

I wanted
I wanted you to stay
'Cause I needed
I need to hear you say
That I love you
I have loved you all along
And I forgive you
For being away for far too long
So keep breathing
'Cause I'm not leaving you anymore
Believe it
Hold on to me and, never let me go
Keep breathing
'Cause I'm not leaving you anymore
Believe it
Hold on to me and, never let me go
Keep breathing
Hold on to me and, never let me go
Keep breathing
Hold on to me and, never let me go

Saturday 25 February 2012

Bengang!!

Bengang sungguh aku malam ni.Ishhhh serabut dengan mangkuk hayun yang tak reti2 bahasa!!Dari semalam lagi aku bengang dengan mangkuk gila ni!Kalau dah kahwin,tak payahla nak menggatal lagi mesej aku.Dasar lelaki bongok!Pantang orang buat baik.Macamnila dia.Aku sebenarnya cuba nak bersikap professional,anggap kau ni sama je dengan orang lain sebab aku tak nak wujudkan rasa pelik time bekerja!!Masalahnya kau ni jenis dasar tak paham bahasa spesis mangkuk bongok mana ni.Serabut!!!!Mentang2 lah bini takdek kat sebelah bukan main laju je.Apa masalah kau nak cari aku.Dayus!!!Nampak sangat pengecut!Huh!!!Takkan la tak reti2 nak paham bila orang tak reply mesej tu maksudnya aku dah menyampah,meluat,rase nak muntah pun ade dah ni.Dah pukul2 pagi tak reti2 nak berenti dari kacau aku,Bangang!!!Kepala hotak kau pukul 2 pagi nak ajak aku minum..motip???Dasar bahlol.Baiklah kau pikir pasal bini sendiri dari sibuk nak wat style orang bujang lagi.Kau ingat aku ni hape???BONGOK otak letak kat lutut ke kat tapak kaki?tak boleh nak fikir guna otak dengan cara betul??Dari sedap aku tido,tak pasal2 aku terjage lagi bagi aku sakit otak.Bodoh!!!Nak kena cakap bahasa ape lagi dengan orang sengal tak paham bahasa macam ni!!!!!

Wednesday 22 February 2012

Aku dulu bercita-cita mahu jadi....

Ceritanya macam ni..lepas bercuti kat kampung,bila masuk opish rupanya shawl yang aku beli online kat Sugarscarf da sampai.Sukenya hati aku..hehehe Bila dah dapat tu ape lagi.Mulalah dok belek-belek.Erm..puas hati sangat.Harganya berbaloi dengan kualiti shawl tu.Bila aku dok belek-belek jahitan manik kat tepi shawl tu,teringat pulak zaman kecik-kecik dulu yang mana aku suka menjahit!

Aku kecik-kecik dulu sebenarnya bercita-cita mahu jadi pereka fesyen.Wahhhh..cita-cita aku memang tak hingat.Hahahahaha Tapi time sekolah rendah dulu,cikgukan sukelah sangat tanya cita-cita kita nak jadi apa.Tapi time sekolah rendah biasalah...bila cikgu tanya kebanyakkan orang cakaplah nak jadi,doktor,polis,askarlah..Aku tak.Aku nak jadi pramugari!Hehehehe Bila nak masuk darjah 5-6 baru aku bertukar cita-cita mahu jadi seorang pereka fesyen.Kononnyela sebab aku suka tengok apa-apa berkaitan dengan catwalk,baju-baju cantik yang model-model tu semua pakai.Mulalah berangan kalau tak dapat jadi pereka fesyen pun takpelah,nak jadi model catwalk..boleh pakai baju cantik-cantik.hehehehe..Tapi apekan daya,tinggi aku tak cukup untuk menjadi model catwalk..

Teringat dulu satu time aku dengan adik aku Rais ni,pergilah cari kain-kain lebih yang tukang jahit kat kampung aku buang.Aku pergilah kutip setiap petang sebab nak kumpul jahit tangan buat baju.Rais nilah jadi teman aku gobek-gobek kain lebih tu.Bila dah dapat kumpul,satu hari aku kusyuk jahit kain-kain tu semua kasik cantum sini,cantum sana.Memang jadi sehelai baju walaupun kainnya bercampur-campur corak..Bolehlah..dah la jahit tangan je.Aku siap buat butang lagi kat baju tu ambik butang kat baju buruk yang ada kat umah aku.Bila dah siap tu apa lagi,malam tu aku siap pakai lagi nak pergi rumah jiran aku.Rais memangla dok gelak-gelakkan aku sebab pakai baju compang-camping.Peduli apa janji baju tu aku jahit tangan sendiri okey!!hahahaha. Tapi....bila dah tengah-tengah jalan tu,belum sempat pun sampai rumah jiran aku,aku patah balik sebab tiba-tiba rasa segan nak tukar baju.Jadinya,baju itu aku hanya pakai kat rumah je...

Bila aku tingkatan 1,masuk MRSM Gerik,aku masih cakap nak jadi pereka fesyen kalau cikgu tanya cita-cita nak jadi apa.Minat aku masih berterusan bila aku sambung ke tingkatan 4 kat MRSM Balik Pulau.Time ni bila aku cakap,budak-budak laki mesti gelak-gelakkan aku.Pastu perli-perli aku sebabnnya cita-cita macam tu.Aku pun satu,cita-cita tak seiring dengan sekolah aliran sains yang aku amik.Lama-lama aku terpaksa kuburkan saja minat aku tu....herm...tapi sampai sekarang sebenarnya aku masih minat dengan bidang rekaan fesyen..Sebab tu bila tengok NOna ke,aku suka part awal-awal je sebab nsk tengok model-model catwalk dan pakai baju cantik.Project Runaway,American's Next Top Model,Make me A Supermodel antara rancangan-rancangan yang aku suka bila ada masa lapang nak tengok..

Dannnn..aku ada satu misi nak buat sebenarnya.Aku ingat nak sambung balik minat menjahit aku ni.Aku nak jahit manik,labuci dekat shawl kosong aku yang berlambak ni.Saja nak test ada lagi ke skill menjahit aku ni bila dah tua-tua ni.Aku tengok kat shawl yang baru beli tadi macam senang je nak jahit.Bolehlah aku cilok-cilok sikit idea jahitan manik dia tu..hihihihi


Adik aku Rais,peneman aku cari kain dulu..udoh besar pun...



Tuesday 21 February 2012

#Lagu Hari Ini#

You're The Boy Who Murdered Love
by Diana Vickers



You're The Boy Who Murdered Love
Cold hands and a heart of stone
You're a midas in reverse
You're the king of pain and hurt

And the stars turn into fire
And the roses change from red to black
You encourage my desire
Then you put the arrow in my back


Shot shot shot shot shot like a bullet
Stop stop stop stop stop oh you love it
No no no no no now you've done it uh!!
You're The Boy Who Murdered Love
Love love love love
You're The Boy Who Murdered Love

You're the thief of innocence
You're a tainted cherry tree
There's a mark upon your skin
Where your heart once used to be

You're a sinner with no soul
You're the nearly was I never had
You're an angel I was told
Then you put the arrow in my back

And I'm
Shot shot shot shot shot like a bullet
Stop stop stop stop stop oh you love it
No no no no no now you've done it uh!!
You're The Boy Who Murdered Love
Love love love love
You're The Boy Who Murdered Love

Mudahnya Masak Lemak Cili Padi dengan Alif...

Yea..memang betul..sangat mudah nak masak Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan adanya Alif keluaran Sime Darby ni..hehehehehe..Kalau tak suka ayam,nak ganti dengan daging pun bisa saje..Masak pun ambik masa dalam 15-20 minit saja.Ringkas dan sangatlah sesuai untuk orang bujang macam aku yang tak suka nak masak benda-benda yang complicated ni.hahahahaha

Bahan-Bahan:
  • Paling penting sudah tentulah kuah masak lemak cili padi Alif ni (kalau takdek ni,memang takkan jadi..almaklumlah,kalau nak pakai santan,semua manual memang aku tak reti,tarik diri siap-siap..hehehe)
  • Ayam yang dah dipotong dalam 3-4 ketul (aku beli je seekor yang dah potong siap2 kat Carrefour,habis cerita..senang kan...)
  • Kentang (potong kentang suka hatilah nak bentuk camana asal sodap mata nak pandang dan makan)
  • Air masak secawan (secawan untuk 1 paket kuah,lagi banyak paket,air kena tambah supaya kuah tak pekat)
  • Cili Padi (untuk yang suka pedas..kuah ni sebenarnya dah pedas gilo!)
  • Setangkai serai (tak sure setangkai ke,yang penting 1 la...,kalau taknak letak serai pun takpe sebab dalam ramuan ni sebenarnya dah blend serai,cuma aku suka rasa serai,tu yang tambah lagi)
  • Garam secukup rasa
  • Perasa /ajinomoto sikittttt je (tak boleh banyak2 nati rambut gugur,kalau ajinomoto takde boleh ganti dengan gula sikit...lagipun ajinomoto tak baik untuk kesihatan)
Cara Membuat:
  • Mula-mula,masukkan kuah lemak cili padi Alif dalam periuk dan panaskan tunggu hingga mendidih.Api pakai sederhana sahaja
  • Bila kuah dah mendidih, masukkan ayam yang dah dibersih tu  bersama-sama dengan secawan air masak...
  • Masukkan pula kentang yang dah dipotong cantik-cantik tu...
  • Pastu,masuklah lagi serai,cili bagi yang orang suka makan pedas macam aku ni boleh extra cili..hehehe
  • Seterusnya,masukkan secubit garam dan perasa bagi menambah kesedapan ayam masak lemak cili padi ni
  • Tunggulah sehingga ayam dan kentang ni dah empuk
  • Akhir sekali bolehlah dihidang bersama nasi putih untuk santapan perut sendiri...hehehe
  • Sekian..senaaaang sangat masak ni...:)
Ini dia rahsia kejayaan resipi ini..hahaha

tadaaaa...dah siap..letak 3 ketul ayam je time ni..masak pun cepat2 sebab dah lapa..hihihihihi





 till then,wassalam....

Thursday 16 February 2012

Godaan si Golden Girl Germany

Kelmarin selepas waktu kerja, macam biasa aktiviti aku pergi kedai buku untuk cari magazine obersea yang back dated punye issue. Biaselah, kalau cari yang back dated murah sikit compare beli yang current issue.Instyle pun dapat RM9.90 je.Kalau rasa tamak haloba tak nak tunggu back dated harga dia RM29.90 kat Malaysia..Boleh beli banyak-banyak.Gobek punye gobek mencari cover yang mana berkenan di hati untuk buat collection ...akhirnya..jumpa cover Diane Kruger si awek Germany yang cantek sangat ni.

Aku rasa baru 2 - 3 bulan lepas da beli da magazine cover dia.Magazine sama pulak tue,Instyle.Tapi yang tue Instyle US punya edition.Yang ni UK punya edition lagi best dan gambar kat dalam of coursela super kebabom.Diane Kruger ni pelakon cerita Troy dulu yang jadi girlfriend kepada Orlando Bloom.Brad Pitt pun ada dalam cerita Troy tu.Aku sangat suka sama itu cerita sebab Brad Pitt nampak sangat begitu machooo..hehehehe Lagi..erm..cerita ape lagi eh si awek ni berlakon..ohhh Inglourious Basterds juga ada Brad Pitt.Selain boleh fasih berbahase Inggeris,dia juga fasih berbahase Perancis.Amazing.Aku cukup kagum kalau seseorang perempuan tu fasih bertutur dalam banyak bahasa.Kalau artis Omputih lain yang boleh cakap banyak bahasa tak lain tak bukan Natalie Portman.Da lah pandai,cantik pulak tue.Kalau artis di Malaysia ni aku kagum dengan Maya Karin.Maybe sebab die mix German itu yang aku suka.Itu salah satu sebab kenapa bahasa ketiga di UiTM dulu aku amik German.

Beberapa keping gambar Diane Kruger dari magazine Instyle British Edition ni.Semua cantik-cantik... (tapi yang aku letak kat sini aku amik kat google image je,malas pulak nak tangkap2 guna kamera,leceh..







"I'm not sure how I'd deal with someone wanting to be with me 24/7"-Diane


"It's hard sustaining relationships at a distance, but if you want to be together, its come down to that.And I have had failed relationships because of a lack commitment to that"-Diane



Monday 13 February 2012

Tak boleh tido,takot pas bace teori kebangkitan dajjal..

Da masuk pukul 2 pagi.Aku masih terkebil-kebil macam orang bodoh.Aku pandang bantal,bantal pandang aku.Aku pandang ipad,ipad tak pandang aku,tapi aku rase nak membuat entry,harap lepas buat entry ni dapat tido.Hadoilahhhh mata!!!

Ceritanya macamni,tadi sambil nak bermalas-malasan,landing pon da baik punyo atas katil,lampu pun da tutup segala,aku pegi gatal tangan google cerita kebangkitan dajjal.Bila da masuk macam2 teori pasal dajjal ni,mulalah otak aku nak fikir lebih2.Blogwalking dari satu blog ke satu blog,ceritanye semua lebih kurang.Yang nyata,dajjal memang akan bangkit atas bumi ini untuk menyesatkan kita semua.

Bila dah habis bace2 cerita tue semua.Ada satu je aku buat.Bangun dari katil.Bukak balik lampu bilik.Ohh yeahhh.Aku menjadi penakot malam ni.Nampak gaya memang kena tido dalam teranglah..Mood memang mahu dapat tido yang nyenyak,lena empuk..tapi apekan daya,aku sudah jadi takut sekarang.Terkebil-kebillah nampak gaye aku malam ni dalam terang.Huwaaaaaaaa!!!

4:22pagi...belom dapatZzzZzzz..
Sambil membelek helai demi helai isu dalam majalah Rapi yang aku beli siang tadi cover si cantik manis Neelofa,aku terjumpa artikel dalam bahagian info kesihatan:

Tidur nyenyak di malam hari(sesuai sangatlah dengan aku!):
Untuk mendapat anda tidur nyenyak,elakkan daripada melakukan kegiatan yang boleh membuatkan otak berfikir saat menjelang tidur.Antara yang boleh dilakukan ialah mandi dengan air suam(jarang aku buat),minum susu panas(yang ni lagilah aku tak pernah buat!),matikan lampu( ni memangla harus buat kalau nak tidor kecuali malam ni aku takut,bukak lampu..hehehe),gunakan wangian atau muzik perlahan(ni selalu buat:) )membaca buku(kadang2 buat:D),menarik nafas dan menulis diari(jarang2 buat yang ni).Kesannyafikiran jadi tenang dan tidur pun menjadi lebih nyenyak.Nampak gaya antara semua yang disenarai tu,aku paling tertarik nak buat mandi air suam dengan susu panas.Macam best aje..hehehehehe

Tuesday 7 February 2012

 Tanpa Sebarang Kata

Bangunkan aku dengan lemah lembut sayang
Seperti puteri cerita dongeng menanti kau dengan mata terpejam
Bilaku buka mata  nanti terlihat cinta aku
Seperti putera cerita dongeng kau tersenyum padaku
Tanpa mengetahuinya, mata ini cuma akan mencarimu
Jantungku berdegup dengan kuat
Aku ingin mencintaimu
Aku mahukanmu
Dapatkah kau merasai hati aku?
Datang kepadaku, datang lebih rapat lagi dan terimalah hati aku
Tanpa sebarang kata kau buat aku fahami erti cinta
Tanpa sebarang kata kau memberikan cinta kau
Mengisikan diri sendiri dengan nafas kau dan kau pergi menghilang
Tanpa sebarang kata cinta meninggalkan aku
Tanpa sebarang kata cinta mengabaikan aku

Berbulu mata palsu?tak susah pun..

Eyelure-Design by Nadine Coyle

Bonjour!(tibe2 pulak)...malam ni aku mahu cerita pasal bulumata palsu.Aku suka pakai bulumata palsu.Dulu aku tak reti langsung nak pakai.Tapi disebabkan aku ni spesis yang suka nak cuba benda2 baru, makanya akhirnya sehingga ke hari ini aku menjadi pemakai bulumata yang agak tegar aku rasa.

Ok...cerita aku pakai bulumata palsu ni startnya bila aku masuk Watson dan aku tergoda dengan Girls Aloud limited edition punya bulumata.Alah....group UK yang ada si cantek jelita Cheryl Cole. Cheryl Cole ni sekarang dah jadi janda meletop sebab si laki dia,Ashley Cole a.k.a dulunya pemain bola Chelsea ni dah ceraikan dia.Tak faham betul bini dia sikit punya cun boleh lagi nak curang bukan sekali tapi banyak kali.Ok cukup2...dah lari tajuk pulak.Tu kena cerita part lain,gossip artis pulak.

Berbalik kepada topik asal,lepas aku belek2 kotak dia...aku terasa nak try pulak padahal aku tak pernah langsung pakai bulumata ni.Dia ada 5 design dan setiap satu design mewakili setiap satu ahli Girls Aloud.Kira dioranglah design ni.Aku pun beli 1 yang design Cheryl Cole.Harga sepasang RM23.90.Berbaloi yea beli sebab boleh pakai banyak kali.Nak jaga pun senang,gam yang dia bagi sekali tu pun sedap dipakai.Memang tak rasa pun pakai bulumata.Yang paling penting bulu dia halus tak kasar macam yang murah2 harga 3 4 ringgit tue.

Malangnya,bila pakai aku rasa design Cheryl Cole tak berapa sesuai dengan mata aku sebab dia bagi mata nampak jatuh,kuyu..macam mengantuk je bila orang pandang.Aku tak putus asa.Beberapa lepas tu aku pergi lagi Watson dan beli design yang lain.Kali ni aku nak try Sarah Harding pulak.Nampaknya memang tak sia2 sebab design Sarah Harding memang sesuai dengan mata aku compare dengan previous tu.Setiap hari aku akan pakai bulumata ni.Senang sangat nak pakai.Yang bestnya bila pakai bulumata ni aku tak perlu lagi nak pakai maskara.Sebab tulah boleh pakai banyak kali.Bulumata pun tak kotor dek kena maskara.Aku boleh pakai bulumata yang sama lebih 10kali.Serius tak tipu.Yang penting sekali kena pandai jaga.Gam yang lekat dekat bulumata kene tarik slow2 bila dah habis pakai sebab esoknya nak pakai balik.Jimat duit.

Selain design Sarah Harding,ada satu lagi yang laris macam goreng pisang panas dan memang cantek designnya iaitu design mata Nadine Coyle.Yang ni memang cepat sangat habis.Sebab tu bila ada kat Watson aku akan beli 2 pasang terus!Tamak betul.Malangnya sekarang brand eyelure ni memang dah tak jual kat Watson lain kecuali di Watson KLCC sahaja.Dulu ada dekat Watson MidValley..Aku buat survey memang dah takda.dekat Watson The Mall,Amcorp semua takda.Kat KLCC pun cepat habis masalahnya.Sebab tu aku suka beli banyak2 bila ada.Senang buat stok terus.

Selain bulumata brand Eyelure ni aku ada juga try bulumata brand lain seperti Sendayu Tinggi.Brand Sendayu Tinggi tak berapa sesuai dengan aku.Aku rasa tak sebest dengan brand Eyelure.Lagipun bila pakai tak nampak sangat effect kat mata.So,aku hanya pakai sekali je.Berbeza pula dengan brand dari Shu Uemura.Cantik tapi agak susah nak pakai sebab line dia tebal.Bila nak letak kat mata nak kena pegang betul2.Tapi bulu dia memang awesomelah of course.Tu pasal harga pun RM60 sepasang.Jadi,aku hanya akan pakai brand Shu Uemura bila ada event2 tertentu sahaja.

Tapi ini semua ikut citarasa masing2 lah.Aku cerita ni berdasarkan pengalaman sendiri dan sekadar ingin berkongsi tips.

Boleh tengok effect bulumata yang aku cerita tadi tu kat bawah ni..


Yang ni design Nadine Coyle..my favourite!!


Design NadineCoyle

Design Nadine Coyle jugak..

Design Sarah Harding-Favourite jugak nie...
Design Sarah Harding
Shu Uemura-Smokey Eyes
Shu Uemura-Smokey Eyes
Till then,wassalam...

Wednesday 1 February 2012

Ya Allah..jangan kau uji aku lagi...

Nampaknya nikmatnya cuti wilayah hari ini tak sempat aku nak rasa.Aku kena berehat saje di rumah..tapi aku belum balik rumah lagi sekarang.Sebenarnya aku baru je balik dari buat medical check up.huhu

Aku sangat takut.Itu saje yang berlegar-legar dalam kepala aku sekarang.Pagi tadi aku terjage pukul9 pagi lagi walupun semalam aku tido lambat,dalam pukul 5.30pagi.Itupun aku tertido.Aku bukan sengaja mahu berjaga,memang aku susah nak tido.Hanya tuhan je yang tahu betapa aku mahu tido seperti orang normal.Selepas asyik terkena 'simptom'itu yang mane aku masuk keluar toilet lebih dari 10 kali pada perkiraan aku..aku mula rasa menggelabah.Aku tak boleh nak duduk diam dah...macam mane ni?kenape jadi macam ni?

Sampaikan aku rasa trauma sedikit nak masuk toilet sebab aku takut dengan 'simptom' itu.Housemate aku pun dah bising cakap aku kurang minum air masak,katenya kencing tak lawasla,apelah..Nampak gaya memang kena pegi klinik sebab menjadi-jadi dah.Sakit denyut2 pun mula datang kat 'situ'..

sebelum ke klinik aku call dulu doktor Jefri takut klinik die tutup,kan hari ni cuti area KL.Nasib baik doktor ada.Lepas siap2,aku makan pun tidak sebenarnya,perasaan lapar jauh aku tinggal kerana yang ada sekarang hanya perasaan takut dan suspen.Dalam hati,aku tak henti2 berdoa janganlah Kau uji aku dengan sebarang penyakit.Aku mahu sihat.Aku mahu normal.

Selepas buat urine test,doktor panggil aku balik.Takutnya!The result?Doktor cakap dia suspect aku kena batu karang.Gelap.Itu saje yang aku nampak.Aku takuuuttttt..Kenapa?sebab kandungan blood dalam darah aku tulis kat kertas tu Large!Pastu result untuk darah putih still ada Small..last,TRace..yang tu pun ada dalam air kencing aku.Sepatutnya untuk orang normal,ketiga-tiga tadi tu harus negatif.Cuaknya aku dengar...

Doktor cakap aku kurang minum air kosong.Memang betulpun!Aku banyak mium milo,kopi..semua yang manis2..Pastu bila kat ofis,aku selalu tahan kencing.Itu sebab aku berisiko tinggi dapat batu karang..Selepas doktor Jefri membebel-bebel kat aku,bagi nasihat kesihatan tu...dia suruh aku datang lagi lepas 5 hariambik ubat yang dia bagi ni.Dia nak test lagi sekali.Aku mungkin juga kene jangkitan katanya.Tapi jangkitan normal bagi perempuan lagi2 bila time period.Masalah yang membuat aku risau sekarang sebab aku baru habis period.Aku cuma berharap sangat sekarang yang result kedua next week bukan batu karang,hanya infection je..

Nampaknya aku kena puasa minum air bergula selagi 'simptom'tu ada.Hilang selera aku dibuatnya hari ni.Tapi aku kena paksa diri aku makan sebab nak makan ubat2 yang doktor bagi ni..Herm..nampak gaya aku memang kena berehat saje kat rumah sambil tengok cerita apelah yang ada kat tonton tu...