Sunday, 16 December 2012

Shaklee-Vitamin untuk kulit sihat berseri

Assalamualaikum.

Dah lama tak menulis blog aku yang da bersawang.Kurang mood sangat2 nak menulis lepas kena penyakit jerawat datang bertubi-tubi di muka.Aku tak tau la masalah kecelaruan horman ka..salah pakai produk atau gaya hidup aku yang tak sihat iaitu selalu tidur lambat penyebab jerawat ni datang beramai-ramai.Aku rasa semua sekali kot.Itulah..sapa suruh suka tukar2 produk muka.Kan da kena baru menyesal tak sudah.Masalah jerawat aku ni bukan dari dulu.Datang time nak raya tahun ni.Sebelum ni kulit aku tak pernah la naik jerawat kat pipi.Ini sekali datang berkumpulan.Balik kampung memang kena tegur la..Akak,adik,mak semua tegur.Uhhh memang down di tahap bawah tanah hokeyh...hahahahahhaa

Macam2 aku cuba nak heal kan masalah jerawat aku ni.Dahla datang hinggap kat 2 2 belah pipi.Memang rasa down sangat2.Officemate pun tegur.Lagi la rasa down gila2 uollsss.Kalau bole rase nk pakai purdah.Sob Sob. Sehinggalah satu hari aku dok google2 pasal cara2 nak pulihkan muka dari jerawat..aku terjumpalah satu blog ni http://separuhbukudiari.blogspot.com/2012/11/bagaimana-kulit-saya-licin-dalam.html  ..Aku bace2 cerita dia macam aku je.So, di sini lah aku kenal dengan vitamin Shaklee ni.Ok bila da dapat nama vitamin ni apa lagi.Google lah sehari suntuk pasal Shaklee jahhh.Bukak laptop Shaklee.Pegang handphone pon google pasal Shaklee.excited la ni nah try.hehehehe

Bila dah yakin dan nekad nak cuba...aku pun dengan jayanya beli Set D.Set D ni khas untuk kulit.Mengandungi vitamin C,B dan E..Gitu...tapi aku amik yang trial je dulu,RM80 untuk sebulan.Setiap  1 vitamin2 tu ada 30 kapsul oklah kan.Kita cuba dulu tengok camana.Pas try 2 3 hari..aku excited pulak nak amik ESP Shaklee.Takcukup tu aku tambah pulak dengan GLA Shaklee.Uolls kalau nak tau lebih2 pasal Shaklee ni google jah yea..Bersepah blog cite pasal Shaklee.Tak larat pulak nak cerita satu2..heheheh

Alhamdulillah lepas pakai tak sampai sebulan aku dah nampak kesannya.Jerawat pun tak berapa nak naik dah.Cuma kalau time period biasalah tu kan sebab hormon adela naik jerawat lagi 2 3 ketul.Tapi at least tak macam aritu.Teringat aku time jerawat naik kat pipi tu,punyalah malu,aku tempek je bedak banyak2 kat area jerawat tu tapi masih nampak yea benjolan bijik2 tu.Kalau bawah cahaya jangan cakaplah.Adoiya.Alhamdulillah sangat ya Allah sebab semua beransur baik.Cuma sekarang parut ada lagila.Parut tu mungkin amik masa sikitla la kan.Yang penting sabar dan banyakkan bertawakkal.Lagi 1 paling2 penting bila amik vitamin ni kena banyaakkkk sangat minum air masak.Penting.Kenapa??sebab minum air masak ni membantu untuk penyerapan zat2 vitamin tu sambil boleh nyahkan segala toksik dalam badan.Dulu aku cukup malas nak minum air masak.Lepas amik vitamin ni air masak macam jadi best fren sangat.hihihihi Bnagun tidur air masak aku amik 2 gelas.Sampai ofis aku isi siap2liter .2 liter ni aku make sure kena habis before lunch hour pukul 1.Means setiap jam aku akan minum banyak.Lepas lunch bila pas amik vitamin E pulak aku isi lagi 2 lite.Yang tu aku make sure akan habis sebelum balik kerja.Nak balik tu isi lagi dengan 1 liter air masak.Ni bekalan untuk sambil2 tunggu tren Putra,minum lagi.Tengok...banyakkan kena minum air masak.

Sekarang dah masuk sebulan aku consume vitamin Shaklee ni.Oh sepanjang tempon ni aku tak pernah amik coffee yea.Dulu akula hantu air Starbucks.Sekarang tidak lagi...hehehe kulit punya pasal memang kena disiplin sangat.Aku bukan dilahirkan dengan kulit putih gebu,halus mulus.So kalau nak kulit macam tu aku lah sendiri kena inisiatif sendiri.Disiplin dan yang penting jangan give up.Sekarang pun aku dah tak make sangat pergi keja.Dulu makeup bagai blusher,foundation,bedak compact lagi.Itu lah kasi kulit kau tak bernafas.Kan da tutup pori2 kulit.Sekarang aku hanya pakai krim siang dan Natural Pore Nutrient Foundation dari Shizens. Cuma 1 jelah..bulu mata aku tetap pakai.Tak boleh la tak pakai dah terbiasa.gedixs kan nak mata macam Rozita Che Wan la kunun2.Cuma nk heavy2 makeup.Ya ampun..memang tak mau dah.Dulu sekali
sapu Octard,Naturactor kulit terus nampak mulus.Padahal kalau tanggal makeup...kulit bukannya cantik mana.Semuanya fake uollss..hahahahha Hanya aku je tau rupa sebenar kulit aku ni.

Nah ni lah rupanya vitamin Shaklee.Yang ni aku amik gambar kat google jah.Malas nak tangkap2 gambar.Nak transfer lagi.

haaa..ni pulak muka aku sebelom dan selepas...malu nak letak tapi letak jugakla..

tengok yg belah kiri jerawat merah2 lg..x sanggup nak ingat balik uolls

ni time keja..i pkai bedak shizens je..selapis tak berlapis2 yea..tp camne nk rotate gambor ni??xreti..hahaha

ni pas keje kat umah..tak touch up pon...napak ok dah sikit kan..*sila angguk kepala*

nah...hepi sangatla kunun2..nt i belajar camane nak rotate gambar dari phone ni...


5 comments:

  1. wahhh..dah pakai shaklee skrg..memang bagus kan..ramai ibu2 yg menyusukan baby amik supplement jenama shaklee jugak.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun ambik gla..pertama saya ambil lecitihn dan herb-lex..jerawat keluar banyak dan banyak, sekarang ambik gla pula nak subur..tapi ok ke nanti jerawat ne?akan hilang tak bila kita amalkan gla shaklee ne jer???tolong bimbing saya..my suami yang belikan gla ne..kat brunch dia..entah nak tanya siapa ne..

      Delete
  2. comelnya awak..ingatkan Nora Danish tadi :-)

    ReplyDelete