Wednesday 30 November 2011

Penat.aku tak nak bercakap hari ni..

Hermmm..hari ni sangat penat.Dari bangun tido sampailah ke habis waktu kerja.Penat maybe sebab aku jarang mendapat tido yang cukup.Bukan sengaja tak nak tido awal..tapi aku ada penyakit yang memang tak boleh nak masuk tido awal.Entah kenapala..dulu time aku belajar kat UiTM pun aku memang suka berjaga.Lagi2 kalau esok kelas petang atau kelas start lambat.Bukan buat apa pun..berjaga sebab tengok movie.nak g bilik TV ramai orang..aku memang tak berapa gemar dengan tempat2 yang tamai orang,sesak..hishh..memang sangat tak suka..Aku dengan kawan aku,Linda ni memang almost everyday tengok movie.Nasibla jumpa membe sekaki dengan hobi aku..tapi bila da kerja memang tak boleh la nak buat macam tue..mati jawabnya esok konpem2 aku tak boleh punya nak bangun pagi..

Berbalik cerita hari ni...dari masuk opis,entah kenapala aku pun tak tahu memang aku takdek mood nak bercakap dengan orang.Lagi2 time closing ni.Kerja berlambak.Time nila orang tu nak mintak invoice,nak statement of account..kadang2 boleh kasi otak aku panas berasap asap.Time tengah bulan aku free tak nak pulak kacau.hushhh...geram!tapi geram aku simpam dalam hatilah..nati kalau tunjuk kat luar tak sesuai dan tak elok.Apa pulak cakap orang.Dala lapar..pagi2 nak kacau.Kalau lepas makan biasa baru mood aku okey sikit.Tu pasal aku cukup tak suka orang kacau aku pagi2.Beza pulak bila da lepas lunch.Kalau lepas lunch barulah aku ada
mood nak gelak2.Adeh..aku rasa perangai macamni kena behave jugak..nati orang lain pulak yang terada.Nasibla tempat duduk aku tercorot dan aku pun tak pandang muka orang...pandang dinding..aku pandang dinding..dinding pandang aku..agaknya kalau dinding boleh cakap,dindinglah bestfriend aku...hahaha gile dah macam psycho pun ada da!

Hari ni memang aku mengejar masa.Lately aku memang hari2 rasa nak balik sharp pukul 6 sebab nak kejar cite Tentang Dhia..da makin best da nie.NAsib baik hati ni sampai umah ngam2 cerita nak start.Tapi kalau terlepas boleh je tengok kat tonton.Cuma aku tak suka tengok kat tonton sebab feel dia lain..hah!bunyi macam poyo je...yelah..kat tonton takdek iklan macam kat tv.BIla tengok kat tv..at least adala time nak rest2 jap bila iklan...hehehe Apapun..watak si Mally memang terbaik!Aku rasa sebab ada watak dia menghidupkan lagi jalan cerita Dhia ni.Cuma kesian pulak aku tengok dekat Azmi.MAcam2 musibah kena..aku terfikir jugak..agaknya ada tak dalam real life orang yang bernasib malang macam ni??Kadang2 kita asyik je merungut..ni tak cukup..tu tak cukup..padahal dalam masa yang sama kita tak terfikir ke dekat luar sana entah2 ada ramai lagi orang yang dalam kesusahan...herm..Macam aku dulu selalu sangat merungut pasal muka asyik naik jerawat.SEkali Tuhan bagi kena minyak panas kat muka hari tu.Time tu tak sempat nak fikir pasal jerawat kat muka,terus risau nak fikir camana nak pulihkan muka bagi cepat sembuh.Alhamdulillah,dalam masa sebulan ni semua da beransur pulih..almost 90%.Time kena tu terus aku berfikir..herm tulah aku tak pernah bersyukur dengan apa yang ada..

Aku rasa dalam apa benda sekalipun,kita patut banyakkan bersyukur dan lebih menghargai orang di sekeliling kita.Aku kadang2 risau jugak bila fikir apa pandangan orang yang aku kenal tentang diri aku.Aku takut kadang2 aku terbuat sakit hati dekat orang2 sekeliling.Yela,.aku hanya manusia.Aku sedar aku tak pernah sempurna tapi tak bermakna aku tidak cuba untuk menjadi yang terbaik...(adusss..ape benda lah aku merepek ni sebenarnya..mungkin sebab kat luar hujan renyai2 membuatkan aku terbuat entry yang agak emosi mungkin....)

Sunday 27 November 2011

Bertudung ALa Hana Tajima

Sejak kebelakangan ni gaya tudung Hana Tajima memang menjadi satu trend bagi muslimah yang berjilbab...terutamanya remaja...aku kadang2 teringin nak pakai macam gaya tudung tu,tapi tidak mungkin aku pakai sebabnya...aku memangla tak reti nak pakai tudung macam tu siap ada jurai jurai kat tepi telinga...ada satu kali tu..time lunch aku napak sorang awek ni pakai gaya tudung ni...tengok dari depan oklah..sekali pandang dari belakang..pin siap 2 3 ketul kat belakang kepala...aku rasa macam pelik pun ada dah...belum lagi tang tepi telinga yang da macam2 pin aku tengok...tapi tak kisah la kan...itu hak masing2 dalam berfesyen..

Tapi kalau tengok Hana Tajima pakai,memang napak sangat smart n ada style..sampaikan Yuna Zaraipun terikut dengan gaya jilbab Hana Tajima.Sedikit kisah Hana Tajima ni.Hana merupakan penganut agama Kristian ye sebelum dia memeluk Islam.Hana merupakan designer bagi brand Maysaa tak silap aku.Hana Tajima ni mix British-Japan dan dia sekarang dok di UK (tak silap akula).Betapa hebatnya penangan Hana Tajima ni sampaikan adik bongsu laki aku pun kenal dengan Hana Tajima.aku ingat dia tak tahu.da maju setapak dah adik aku tue.Jadi,tak hairanlah kalau Hana Tajima menjadi ikon fesyen bagi muslimah sekarang.Kalau tak percaya cubalah perhati kat sekeliling anda sekarang..kalau keluar pergi shopping mall jangan cakaplah..memang anak2 muda sekarang bergaya ala Hana Tajima.Aku sangat kagum dengan penangan Hana Tajima kat Malaysia ni.

Apa2 pun Hana Tajima memang mempunyai aura yang tersendiri.Bagi aku dia sangat chic dengan style dia tu.Sentiasa nampak fresh,elegan namun masih nampak sederhana. Cuba tengok gaya kat bawah ni,betul tak..ramaikan muslimah berjilbab bergaya macam ni sekarang.Kalau terasa nak memakai tuung ala ala Hana Tajima ni,google aje kat You Tube..memang da banyak tutorial yang tunjuk camana nak pakai style macam ni.Selamat mencuba...




Saturday 26 November 2011

Tentang Dhia

"ini semua di luar kawalan kita sebab perasaan bukan benda yang kita boleh nak paksa..nak menghalang..cuma kalau kita tak dapat apa yang kita nak..kita kena belajar melepaskan perasaan tu pergi." (Tentang Dhia,Episod 3) 
 
 

Sabtu yang indah....

Hello my Saturday....(senyum lebar lebar)..
aku sangat suka hari sabtuuuuu...minggu ni lagi best sebab hari Isnin cuti lagi...suka duki hati ini...horeyyy..tambah pulak da gaji...aku ada aim gaji kali ni..aku nak beli kasut atau handbag Charles & Keith...kelmarin aku lalu depan Charles & Keith KLCC...ada year end sale okayyyyyy....jadi apa lagi kena rebut peluang yang ada depan mata..disebabkan time tu aku tengah jimat cermat,tahan nafsu nak shopping...hari ni aku nak jugak beli 1 barang..aku tengok siap ada sale samapi 50%.kena pandai2 lah pilih nie...aku rasa hari ni mesti ramai orang kat mid valley...herm...

Oh tak lupa juga,petang nanti aku ada dating penting bersama Edward Cullen kt GSC Signature...hihi. Breaking Down punya pasal kena la tengok tempat best dan empuk..baru selesa nak pandang Edward...tak sabar sangat nak tengok..tak boleh miss cerita ni sebab da follow dari awal lagi cerita twilight...dalam cerita ni baru aku kenal siapa Robert Pattinson..padahal sebenarnya dia da ada da dalam cerita Harry Potter no.4...biasalah...time tu dia budak2 lagi..manalah nak perasan..sibuk sangat pandang Harry Potter..aku harap Breaking Down tak mengecewakan aku...

Ok..cerita bersambung malam nanti sebab aku nak pergi makan,pilih baju mane nak pakai keluar petang nanti.herm..inilah perempuan,bila nak keluar even dekat pun..especially macam aku,nak fikir baju apa nak pakai,padahal benda tu simple je..cari jela tudung,baju and seluar..apa yang nak pening pun,kan?....

.............................................................................................................
Cerita bersambung

 yea..akhirnya aku pilih tema purple lagi =) aku suka purple sebab...takdek sebab..lately aku suka dengan biru 'Kate Middleton'...ala..kaler biru macam cincin Kate pakai time dia tunang dengan William tu..dan Kate selalu sangat pakai kaler biru itu...sejak dua menjak ni aku macam jatuh cinta dengan biru itu...

sampai je dekat gardens,aku pun da lapar sangat terus menuju ke Flying Chillies..restaurant ni berkonsepkan Thailand..harga kat sini okey...plus kalau ada kat Jusco boleh dapat 10% diskaun bila nak bayar..oklah,jimat sikit..ni antara restaurant favorite akulah kalau datang kat Gardens ni..malas nk pergi makan belah Mid..dah la ramai orang...sesak especially hari minggu..ditambah pulak semalam aku memang book movie kat Signature je,so,tak payahla aku nak jalan2 jauh sangat..wayang naik satu tingkat je lagi dari Flying Chillies nie..makan kat sini aman je..untung2 kalau datang belah Gardens ni selalu sangat nampak artis..kat sini ikan siakap stim memang terbaik!sedap sangat2..disebabkan aku datang berdua je...aku hanya order sizzling beef sayur asparagus kowt ...biasa aku order baby kailan..tekak aku semalam nak makan sayur lain...tukarlah menu sekali sekala...last time aku dengan Gael gila makan tomyam kat sini...setiap kali datang je order tomyam..sampaikan orang kedai ni memang da cam sangat da...macam biasa sebelum upacara makan2,snap snap picture of the day aktiviti wajib aku...:)

aku sgt lapar time ni..malas nak cakap banyak..

sizzling beeg & asparagus ...

Habis makan memang tak sempat pun nak pergi kat Charles & Keith sebab movie da nak start..takpelah..aku fikir balik pas habis tengok movie ada lagi mase 1 jam before kedai tutup..dalam masa sejam tu sempat je nak rembat mana2 kasut yang cantik..lagipun year end sale ni..kena jugak rembat 1 at least..

Berbalik cerita Breaking Down part  ni..cerita kali ni agak emosional..yelah..Bella dengan Edward akhirnya berkahwin..tapi sampai ke sudah bapak Bella ni tak tahu pun yang anak dia nak kawen dengan pontianak hensem..aku sangat suka part yang Bella mimpi kahwin dengan Edward tue,ditambah dengan muzik background yang slow,emotional..kira sangat sesuailah dengan hiasan wedding diorang...memang layan je tengok..bila part yang bukan mimpi,ni yang Bella betul2 kawen dengan Edward..aku memang jatuh cinta dengan gaun labuh yang Bella pakai...aku suka sangat dengan corak belah belakang gaun tue..cantik sangatttt...memang meletup!

oklah ceritanya..cume cerita kali ni macam konflik antara Bella dengan Edward pulak..macamana life diorang lepas kawen..kira macam konflik dalamanla..dahla dalam masa kawen 2 minggu Bella terpregnant..sepatutnya diorang plan tak nak pregnant konon takut effectla sebab Bella kan manusia,Edward potianak..last2 pregnant anak campuran...selepas semua konflik2 tue...and thanks jugak to Jacob sebab Jacob banyak sangat tolong geng2 potianak cantek nie..bila dah sampai part Bella nak beranak,Bella macam dah mati dan Edward takdek pilihan lain kecuali terpaksa gigit jugak Bella untuk tukar Bella jadi pontianak kalau nak Bella terus hidup..memang agak suspen sebab si Bella ni da keras macam batu..diorang semua ingat Bella mati...anddd..last2...Bella jadi jugak pontianak...habis macam tu dan bersambung Breaking Down Part 2...adusss..lame la nk tunggu..aku rase yang part 2 merangkap cerita akhir ni next year baru release kot...sob sob..kena tunggu lagi...

konon2 nk jadi part of them nie..hehehe

Habis je tengok movie,laju2 aku pegi Charles & Keith...usya2 yang mana nak beli..last2 aku rembat 2 pasang kasut...tak rugi pun sebab kasut aku sekarang memang da buruk sangat..dan 2 pasang kasut tue semua ada less 50%!aku memang dah lama nak kasut kaler coklat ...akhirnya dapat jugak..:)

2 pasang ni dpt dlm RM130 je...okla kn sebab ada less:)


Journey end...




Thursday 24 November 2011

Aku,dia dan movie...HappyFeet

Aku suke tengok movie...dari zaman awal cintan cintun belajar kat universiti dulu..time tu umur baru 19..umur 18 tak bercinta lagi sebab nak jaga saham konon2 sebab ramai sangat peminat time tu..(perasannya!)start umur 19,baru aku discover yang aku memang suka tengok movie sampailah sekarang..sekarang da masuk zaman bekerja..still..aktiviti aku dan dia wajib menonton movie hari sabtu..mungkin disebabkan kami punya taste banyak sangat sama...sebab itulah dari dulu sampai sekarang masih buat aktiviti sama....hehehe tapi dalam wayang,especially kalau cerita yang banyak babitkan masa,aku memang cepat je nak pening kepala..nasibla ada Gael..so,aku mulalah pot pet pot pet tanya dia..napa jadi macam tue?nape macamni?nasibla Gael layan je karenah aku yang bising dalam wayang..hahahaa

Sabtu lepas,aku tengok cerita Happy Feet 2..best cerita ni..dia muzikal..dulu aku ingat tengok cerita Happy Feet 1 tahun 2006 tak silap aku..time tue bau sambung degree..tapi time kalau beli set combo yang mana entah dah lupa..boleh dapat payung HAppy Feet..tahun ni takde la pulak..huhu kalau ada mesti aku beli..hehehe disebabkan sekarang da start musim cuti sekolah,aku rasa cerita ni memang sangat sesuai untuk bawa anak2 sekali..bafulah bertambah kemesraan..adus..aku cakap macam gaya da ada anak,padahal kawin pun belum..tapi,kalaulah aku ada anak,aku mesti nak bawak anak aku tengok sekali..hehehe biar nanti ikut perangai mak dia yang kaki nonton wayang..







Berbalik cerita Happy Feet 2 ni,ohh..lupa nak cakap dalam cerita ni ada BRad Pitt dengan Mat DAmon..watak diorang ni ibarat penyeri ceritalah..diorang jadi 2 sahabat udang..kelakar bila dengar Brad Pitt cuba menyanyi sebab suara dia biasa2 aja jika nak dibandingkan dengan wajah kacak Brad Pitt yang sentiasa membuatkan hati wanita aku cair...so,diorang ni takdek kaitan pun dengan geng2 peguin yang comel comel itu..cerita no.2 lebih kepada nak tunjukkan semangat setiakawan,kerjasama untuk mencapai sesuatu..aku sebenarnya lagi suka yang first dulu sebab yang dulu dia nak tunjuk macamana bila kita berbeza dari orang lain..kadang2 kita tak sedar yang perbezaan tu memberi kelebihan kepada diri kita..apa2 pun cerita ni tetap best..kira aku takde la nak menyesal macam tengok cerita Karak,Merong Mahawanga..Merong aku siap tengok kat GSC Signature..sekali macam hampeh je ceritanya..menyesal sungguh..kalau tahu aku tengok kat GSC biasa aje..konon2 nak support..sekali..mengecewakan..aku tak nafikan la teknik CGI yang digunakan meletop,tapi...jalan cerita tu..tolonglah...jalan cerita memang kureng sangat..aisehhh..lepas ni aku memang akan fikir 2 3 kali kalau nak tengok cerita KRU...baik tengok cerita Mamat Khalid buat...confirm tak menyesal..tak pun cerita Khabir Bahtia buat..tu pun dijamin takkan menyesal,menangis adalah macam cerita NUr KAsih The Movie tu...

Tuesday 22 November 2011

Cerita Hati Aku...

Yea..aku tekad...aku tekad membuang kau dari hidup aku...
Mengenalimu sangat menyakitkan hati...
Menyayangimu sangat memenatkan...
Yang menbencikan....kenapa aku tidak sedar dari awal lagi akibat 'persahabatan' ni..
I Hate you most...i do regret though...huhu

Monday 21 November 2011

Cerita hari ini dan bola...

Ari isnin....antara hari yang aku paling tak suke sekali dalam seminggu sebab morning blues...biasela..sabtu ahad dah puas cuti,hari isnin nak kene masuk kerja balik..tapi apa yang aku suka dalam minggu bekerja sebab aku rasa masa berjalan sangat pantas dan aku memang tak sabar tunggu hari jumaat..yihaaa!jumaat hari paling best sekali bila bekerja...bukan sahaja aku tak perlu pakai uniform aku yang da buruk..aku bebas pakai baju kurung...aku sangat suka!!

Ok..berbalik cerita hari ini..kat ofis sunyi sepi pagi ni..dan aku..macam biasa..makhluk yang akan datang lambat..aaisehhhh..aku lambat lagi hari ni..lambat 15 minit..aku buat muke redha je..aku sebenarnya beruntung sebab bos yang memantau aku bekerja agak okey..sporting dan kadang2 rasa sengal pun ada...hahahaha samalah juga dengan aku dan kawan aku merangkap orang bawahan nie..bila sampai..aku bermalas malasan..make up.. make up dulu (perkara wajib sebab kalau tak make up rasa diri buruk..bila rasa macam tue akan effect prestasi kerja aku..yelah..secara automatik kerja pun jadi macam tuan dia jugak...boleh tak macam tu..hehehe)..lepas make up..aku makan slow2 supaya bila aku dongak tengok jam(ohh..jam kat opis memang atas kepala aku) harap2 da pukul 10.. Kan da rasa cepat kat situ..belum lagi bab pas makan perut aku ni memekak nak ajak aku dating dalam jamban!hahaha bila balik dari jamban..da dekat pukul 11...suka suka...

Hari ni topik orang borak kat opis semua pasal bola..sampaikan kawan aku..si mieza dan cik marlinda pun borak bola..aku dengar jela..tapi aku takdekla sampai tahap berdebar-debar macam diorang berdua tue..haiya..tapi at least aku ambil tahu jugakla pasal bola..tak minat sangat pun takpe bagi aku..yang penting janganlah jadi katak bawah tempurung...tak tahu isu semasa..tue parah tue...tapi dalam kepala semua orang kat opis hari ni set nak balik sharp pukul 6..aku pun nak join balik sharp pukul 6..padahal aku datang lambat 15minit..patut aku kene stayback 15minit..konon konon nak cover datang lambat pagi tadi..ade aku kesah?...aku keluar awal jugak...peduli apa aku..yang aku tahu bila appraisal aku tetap takkan dapat A..so..tak perlu la aku nak buat2 rajin..hehehe

On the way balik,lalu depan secret recipe..mengidam la pulak nak makan cheesecake...tapi da habis...aku kecewa..so...aku patah balik konon2 nak ubat hati yang kecewa nak beli air starbucks..vanilla latte yang saiz small je (tak boleh size large sebab aku da broke...kene jimat cermat..tapi ada hati lagi tue nak starbucks..pijaa..pijaa..da tahu da takdek duit..nak jugak membazir)...membazir ke?bagi aku tak...sebab kita semua hidup hanya sekali..so..bila kita rasa nak dapatkan sesuatu..kita kena dapatkan..ni ikut kemampuan masing-masingla...jangan nak aim benda yang best best kalau da tahu tak mampu...yela..mane tahu esok lusa..tibe2 sakit ke..da tak boleh nak merasa kan....hah!panjang pulak aku membebel..tapi sebenarnya...last2 aku tak jadi beli pun vanilla latte...sebabbbb....aku terliur pulak tengok cokolat kat The Cocoa Trees..hehe aku pun pegila usya coklat Hanuta yang aku paling suka..coklat Hanuta ni hanya ada kat German...aku kenal Hanuta ni pun through housemateaku...sebab kawan dia pramugara selalu travel oversea..dia selalu pesan dan dari situ lah aku jatuh cinta dengan HAnuta...kat Malaysia ni hanya ada di COcoa TRee je..korang kalau nak cube silalah ke kedai ini yea..waaahhh...aku sangat GEMBIRA! ada sale 30% Hanuta! best best..biasa 1 paket harga dekat RM30.Hari ni satu paket dapat RM16.75...aku pun tak fikir panjang rembat terus duit paket...suke betul hati aku...oh..aku memang ada masalah sikit bab2 makan ni..kalau bagi coklat cepat aje nak habis..bagi kat aku nasi sepinggan belum tentu aku boleh habis unless ada petai,budu,tempoyak...picit2 lada dalam budu...adusss..yang tu konpem aku boleh habis siap tambah nasi yea.hehehehe biasalah...aku orang kampung...aku memang prefer makanan macam tu dari yang western2 ni...memang semulajadi kot...

Da dapat Hanuta aku bergegas menuju lrt..harus cepat balik yea sekarang sebab aku da jatuh cintalah dengan cerita Tentang DHia...bestlah cerita ni..lagipun aku suka tengaok Nora Danish pakai tudung..nampak come lote orang kelate kato..hehehe adus..tak sabar nak tunggu besok...minat pulak dengan Adi Putra dalam cerita ni...oh yea..sekarang Malaysia lawan Indon akhir Sukan Sea..aku tak tahu da apa jadi sebab budak2 rumah aku tak tengok..diorang pegi tengok cerita korea PRincess..hermm..ape boleh buat..so..aku duduk jela dalam bilik..padahal dalam hati aku sebenarnya berkobar kobar nak tengok final bola nie...apa pun Gud Luck Malaysia..(erkk...belum habis lagi kot rasanya game nie)...



Aku beli 2 ketul=) dlm dia ada banyak paket2 kecik

dia kecik macam ni je..nama pun mini kan...

ni die rupa isi..mcm snek..tp rase coklat mmg coklat mahal!

Saturday 19 November 2011

Cerita Semalam....

Disebabkan aku masuk opis lambat kerana penangan ubat selesema yang aku telan 3 bijik terus buat aku pengsan pagi tue,so aku tak boleh nak keluar sharp pukul 6...tapi takpelah kerja aku pun makin berlambak sebab trainee pun da habis jadi takdek sape nak tolong buat kerja aku melainkan diri sendiri...aisehhhh....selama ni relax sikit sebab ade diorang...hehehe aku stayback dengan budak sengal a.k.a merangkap kawan aku 1 department jugak,Amieza....Dalam pukul 7 lebih kitorang kua opish...alang2 balik lambat terus dinner la...lagipun aku ni spesis yang kalau da sampai rumah memang takkan cari makanan da...kalau lapar sangat pun aku buat milo panas je..tapi sekarang aku da start kurang minum milo panas malam2 sebab aku ada beli air collagen,so bila lapar aku minum air tue pastue cepat2 baring tido supaya boleh hilang rasa lapar...tue pasal badan aku nie tak gemok2...memang aku jarang sangat makan malam...

Macam biasa,tempat favorite kitorang kalau da kt KL Sentral tak lain tak bukan The Treats...mungkin ramai yang tak perasan kot kedai ni sebab die tercorot kat belakang..dekat area ERL departure kot sebelah Chicken Rice..makanan die not badlahh...ala2 Oldtown..harga pun ok...tak mahal pun...aku suka dinner sini sebab start pukul 3 petang ke atas ada set sekali nasi putih dengan tomyam campur (tomyam ni sedap compare dengan tomyam kat secret recipe yang rase sangat instant) pastu ada telur dadar sekali,lagi boleh dapat air soya atau bandung dalam satu set..kalau pandai bodek pelayan tue bolah lagi tukar air lain...hehehe.harga RM13.90 sahaja!oklah kan...Aku punyalah semangat nak makan tomyam favorite..alih2 dia cakap tomyam da habis...tidakkkkkkkk!!!!!!!

da seminggu tak pekena tomyam sedap tue...pas bebel2 dengan pelayan tue,last2 aku amik set jugak,tapi ayam merah...sebab nak telur dadar jugak,aku suruh dia tukar sayur kailan yang ade dalam set ayam masak merah dengan telur dadar..bile sampai aje set tue..aku terkejut la..la dalam set ni da ade telur mate ke...da jadi ade 2 jenis telur pulak aku nak kene makan,,kawan aku amik set mee goreng pon ade telur jugak...daaa jadi 3 hidangan telor...adusss...pastu aku panggil adik pelayan tu balik..."dik... nape tak cakap set ayam merah ni da ada telur mata...kalau akak tau akak tak mintak tukarla kailan dengan telur dadar..(tibe2 nak marah adik tue...padahal salah aku sebab tak tengak betol2 gambar time order)..pastu kunun2aku buat muka comel...aku cakap "dik..tukar balik dengan sayur kailan boleh tak?"...die cakap.."tak boleh la kak,nati saye plak kene marah"..."xpelah kalau macam tue"pastue kami makan dengan redha jela...tengah2 makan....sekali adik tue datang balik bawak sayur kailan...aikk...tadi cakap da tak boleh..?"habis telur dadar ni camane??....takpelah kak...kira belanja je....hehehe...rezeki jangan ditolak....wahhh...ingat tak dapat...last2 dapat extra pulak...

tue diaaaa...3 hidangan telur..pening!

kailan free..hihhi
cik Amieza yg ceria sokmo nieh...


On the way nak balik,lalu kat tengah2 kl sentral ada bookfair jual magazine lame2...haruslah aku singgah mencari kot2 ade terselit magazine lame2 yang ade cover menarik...pas belek2,pusing2...last2 aku jumpe jugak...magazine Instyle lama cover Diane Kruger British Edtion...dengan cover Katie Holmes...2 tue dapat harga RM5 je...katapun magazine lame...tak puas hati...aku cari2 lagi magazine dan jumpa Bazaar cover Vanessa Paradis (Vanessa ni adalah suri di hati Johny Depp...pelakon perancis dia ni...) beli lagi...lagipun murah je...barulah aku dapat pulang ke rumah dengan hati tenang...=)

2 ni dapat RM5 je...

Vanessa Paradis..buah hati Johny Depp

Diane Kruger....awek German nie,,cantekkan die...

Friday 18 November 2011

Bila Marah

Bila aku marah aku buat ini:

Tido
Dengar lagu
Edit gambar yang mane ade
Jalan sorang sorang kat shopping mall
Makan sorang sorang
Masuk kedai buku MPH,Borders,News Magazine..cari magazine yang cover best
Duduk dalam bilik diam2 main internet...hahahaa

korang kalau marah buat ape?


kalau marah buat macam ni...hehehe

Bila Aku Melewati Usia Remaja...Masuk Alam Dewasa...

Tup tap tup tap....cepat betul lah masa berlalu...rase tak puas lagi jadi remaja riang ria sekarang aku rasa aku da melepasi usia remaja...da jadi dewasa....yang tu aku tak risau sangatla sebenarnye...normalla...takkan nak makin  muda...bagi aku yang penting setiap masa,..saat.. semua sangat sangatlah berharga...tapi bila da masuk alam bekerja ni memang tak sempat sempat nak buat kerja...macam masa kejar aku pun ada...aisehhhh...masa nak belai diri sendiri pun takdok...pegi keje pagi...balik matahari da terbenam...kadang2 terfikir bile kerja macam ni da macam robot pon ade...tapi at least aku rasa aku patut bersyukur ...at least ade jugak kerja...

ok...bile da masuk dewasa....apa yang aku paling risau sekarang adalah kulit kat muka,badan...kesihatan dalaman paling aku pentingkan...aku rasa benda2 macam ni normallah kan???tengok kulit muka sekarang...adus...asyik2 naik jerawat..mungkinkah sebab aku selalu aje stress dengan kerja?ke sebab terlebih hormon estrogen dalam badan...biase time aku remaja2 dulu logiklah  asyik naik jerawat...lagi2 time nak period..mencabar keimanan betol...da macam2 produk aku try kot...dulu time aku tingkatan 4..aku hanya pakai Ponds je yang kaler pink tue...memang kulit sangat lawa...aku ingat aku pakai tue time cuti nak masuk tingkatan 5..cuti sekolah kan sebulan..bile masuk tingkatan 5,ramai tegur kulit muka cantik...kalau sekarang aku rasa pakai Ponds mestilah tak kan sama hasil dia...sebab???dulu kulit kanak2...sekarang da lain...mungkin sebab aku asyik tempek make up kat muka....haiyaaaa..

Aku mula terfikir sekarang aku patut ambik makan tambahan...untuk dalamanla...kadang2 kita ni jaga luaran tapi apa2 pun semuanya bermula dari dalaman kan?sekarang aku da start ambik...harap2 aku dapat mantainkan...

aku pakai Pond's ni la dulu
 


Thursday 17 November 2011

My First Entry

Assalamualaikum....

Wahhh...tibe2 rase sgt teruja untuk first entry kt blog nie...sebenarnye hajat nk berblog ni da ade lame..cume dulu saye buat blog untuk jual2 tudung...blog jual tudung tue masih wujud cume empunye badan ni yang da lame stop jual tudung..nape??sebb saye jual tudung part time saje..tapi pengalaman jual tudung mmg sgt best!!kdg2 berjage sampai kul 2-3 pagi..nk cek emel,bungkus2 tudung...weekend lak sesi amik2 gambar ngn tudung (ni part saye suke sbb saye ni memgla spesis yg suke amik gambar..hehehe)walaupun terpakse tido lambat..esoknye plak saye kene bangun awal sebab saye ni keje makan gaji..keje ngn orang..feeling die mmg xsamelah dgn keje yg kite wat sendiri..jauuhhhh sangat....

Oh yea..mesti yg tertanye tanye...apehal name blog nie bulumatabiru...??sebab utamanye kerana saye ni pemakai tegar lense kaler biru dan saye sangat2 lah suke pakai bulu mate palsu..lantakla org nk ckp ape..rase xdek konpidem klo xpkai bulu mate..hehehehe boleh x cam gitu??tp sebenarnye saye start berjinak jinak pkai bulu mate pas tergoda ngn cheryl cole punye bulu mate yg ade jual kt Watson next entry saye cite pasal bulu mate palsu brand ni yg limited..kt KLCC je tinggal jual...kat MId Valley da xjual da..kat WAtson lain2 pun..huhu dala best gile bile pkai and sangat2la senang nk pakai..dan yg paling penting SELESA!!

Disebabkan ni pun first entry,saye stop sampai sini dlu..sebenarnye dlm kepale ni ade mcm2 bende nk tulis nie..hehehe tp tue simpan dulula...nth2 takdek orang pun nk bace blog ni..aku sorang je yg poyo2 syok sendiri...haishhhh..hehehe



ini sebab namenye bulu mata biru=)